Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Croatia rampas 100 kg kokain dari kontena kapal

- — Bernama

ZAGREB: Polis telah merampas 100 kilogram ( kg) kokain yang disembunyi­kan di dalam sebuah kontena perkapalan dengan 20 tan sisa buangan besi yang bercampur- campur dalam apa yang dipercayai sebagai salah satu operasi paling kompleks dalam sejarah Croatia.

Kokain telah dirampas di pelabuhan Rijeka di Laut Adriatik, lapor agensi berita Xinhua di China sambil memetik agensi berita HINA di Croatia kelmarin.

Polis Croatia berkata 100 kg kokain telah dibeli di Panama dengan harga 300,000 euro dan bertujuan untuk dijual di Kesatuan Eropah (EU) melalui Croatia.

Dalam langkah untuk menyembuny­ikan operasi mereka, penyeludup menggunaka­n beberapa syarikat yang berpusat di Croatia dan merancang ketibaan kontena tersebut bersama dengan barangan nilai rendah dari Amerika Selatan.

Polis sudah menangkap lapan orang termasuk enam rakyat Croatia, seorang dari Sepanyol dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan Bosnia- Herzegovin­a dan Belanda.

Kira-kira 150 kg ganja dan 69,000 kotak rokok seludup turut dirampas. Menteri Dalam Negeri Croatia Davor Bozinovic di Brussels kelmarin berkata ia merupakan operasi paling kompleks dalam sejarah polis Croatia ketika ia melibatkan beberapa agensi dari tujuh negara.

Mereka adalah anggota polis dari Jerman, Itali, Sepanyol, Belanda, Panama, Agensi Penguatkua­saan Dadah Amerika Syarikat dan Agensi bagi Kerjasama Penguatkua­saan UndangUnda­ng Kesatuan Eropah (Europol).

Kokain yang dirampas mempunyai nilai pasaran antara 21,000 euro dan 33,000 euro sekilo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia