Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi 6.8 gegar PNG

-

SYDNEY: Gempa bumi kuat dengan 6.8- magnitud telah melanda di luar pantai Papua New Guinea (PNG) pada awal semalam, menurut pihak berkuasa, namun tiada amaran tsunami atau laporan segera mengenai kerosakan.

Gempa bumi berlaku pada jam 3.39 pagi waktu tempatan pada kedalaman 15 kilometer kira-kira 20 kilometer di luar pantai New Ireland di pekan Taron, lapor Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Jurucakap Pejabat Pengurusan Bencana Negara yang berpusat di Port Moresby berkata tiada laporan segera mengenai kerosakan namun beberapa pasukan pengurusan bencana akan melakukan penilaian pada lewat semalam.

“Kami sudah berhubung dengan pejabat wilayah dan mereka akan pergi untuk memeriksan­ya,” beliau memberitah­u AFP.

Pusat gempa adalah lebih 800 kilometer di timur gempa bumi sekuat 7.5magnitud yang melanda wilayah tanah tinggi Pasifik pada 26 Februari, membunuh sekurang-kurangnya 67 orang.

Papua New Guinea terletak di kawasan dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik, satu kawasan panas bagi aktiviti seismik.

Rupa buminya yang bergunung- ganang dan terpencil bermakna ia selalunya mengambil masa beberapa hari untuk maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi sampai kepada pihak berkuasa dan agensi bantuan.

 ?? — Gambar AFP ?? PRIHATIN: Gambar serahan pejabat perdana menteri dirakam pada 7 Mac menunjukka­n Perdana Menteri Peter O’Neill (kanan) menenangka­n seorang penduduk yang menangis di Tari di wilayah Hela selepas gempa bumi melanda kawasan terpencil di tanah tinggi Papua...
— Gambar AFP PRIHATIN: Gambar serahan pejabat perdana menteri dirakam pada 7 Mac menunjukka­n Perdana Menteri Peter O’Neill (kanan) menenangka­n seorang penduduk yang menangis di Tari di wilayah Hela selepas gempa bumi melanda kawasan terpencil di tanah tinggi Papua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia