Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Guinea ikrar ‘rombakan besar kabinet’ selepas pergolakan

-

CONAKRY: Presiden Guinea Alpha Conde akan melakukan “rombakan besar kabinet”, menurut pejabatnya kelmarin, selepas mogok dan tunjuk perasaan selama seminggu di negara ini selepas pilihan raya tempatan yang dipertikai­kan.

Conde akan melantik menteri-menteri “yang me- ndengar kehendak rakyat,” menurut satu kenyataan.

Ia dikeluarka­n selepas Conde dikecam oleh ratusan wanita yang marah dalam satu majlis sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa, menurut seorang koresponde­n AFP.

Pergolakan politik meletus pada awal Februari ketika parti pemerintah Conde memenangi pilihan raya tempatan yang pertama diadakan sejak 2005, dalam keputusan yang dipertikai­kan oleh parti pembangkan­g utama.

Kira- kira 12 orang terbunuh dalam rusuhan, sebahagian daripada mereka ditembak mati oleh polis.

Kenyataan tidak menyatakan kenapa rombakan akan dilakukan.

“Saya akan menghabisk­an beberapa hari seterusnya mendengar kepada majoriti senyap, menemui majistret, doktor, pemandu, wanita dan belia,” ia memetik Conde sebagai berkata.

Beberapa wanita berkum- pul kelmarin di luar Istana Rakyat di ibu negara Conakry, bimbang bahawa mogok-mogok tersebut yang menutup beberapa sekolah akan menjejaska­n pendidikan anak-anak mereka.

“Jangan bunuh anak-anak kami dengan membuatkan mereka tidak berpendidi­kan,” dan “jika anda tidak ber- kemampuan, lepaskanla­h,” laung wanita tersebut.

Para guru telah mendesak bagi kenaikan gaji namun rundingan masih terbantut.

Ia “bukan dengan perasaan yang gembira” Conde melihat beberapa sekolah ditutup, menurut pihak presiden Guinea, sambil menambah bahawa beliau ingin “me- nunjukkan perkembang­an yang dilakukan oleh wanita” pada 8 Mac.

Pada Rabu lepas ribuan wanita berpakaian serba putih, warna tempatan untuk berkabung, turut serta dalam perarakan sejauh tiga kilometer dalam bantahan terhadap serangan kejam ke atas tunjuk perasaan politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia