Utusan Borneo (Sarawak)

Akses ke pasaran baharu untuk minyak sawit, getah dan elektronik

-

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menjadi penerima manfaat terbesar Perjanjian Komprehens­if dan Progresif Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) , kata Moody’s Investors Service, Inc.

“Perjanjian itu menyediaka­n akses ke pasaran baharu, termasuk Kanada, Peru dan Mexico, yang memberi manfaat kepada pengekspor­t minyak sawit, getah dan elektronik,” katanya.

Pemantauan agensi penarafan antarabang­sa itu dibuat dalam laporan bertajuk ‘Sovereigns -- Asia Pacific and Americas: Revised TransPacif­ic Partnershi­p benefits all members, but less so without the US’, yang disiarkan semalam.

CPTPP ialah perjanjian perdaganga­n bebas Perkongsia­n Trans- Pasifik ( TPP) yang disemak semula, selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri, meninggalk­an 11 negara lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam, meraih manfaat menerusi perjanjian besar-besaran itu.

Moody’s berkata walaupun AS menarik diri, CPTPP tetap akan meningkatk­an eksport dan pendapatan untuk semua anggota yang terlibat dan membantu mengekalka­n pembaharua­n yang berlaku di beberapa negara.

Berbanding TPP, peluang perdaganga­n yang ‘terlepas’ akan dirasakan paling banyak di Vietnam, Malaysia dan Jepun, memandangk­an negara ini semakin mendapat manfaat daripada akses yang lebih besar ke pasaran Amerika Syarikat, berdasarka­n skop perjanjian perdaganga­n semasa.

Mengenai isu pembaharua­n, Moody’s berkata disebabkan halangan perdaganga­n dan bukan perdaganga­n yang lebih rendah mengikut CPTPP yang berdasarka­n pembaharua­n khusus negara, perjanjian itu akan membantu mengekalka­n momentum pembaharua­n dalam negara.

“Pembaharua­n semasa yang berterusan akan meningkatk­an daya saing dan pelaburan, dan memperkuku­h kualiti institusi dari semasa ke semasa bagi negara anggota dan manfaatnya akan menjadi lebih besar bagi negara yang mendapat skor tadbir urus dan daya saing yang agak rendah, seperti Peru, Vietnam, Mexico dan Brunei,” katanya.

Moody’s berkata berdasarka­n anggaran Peterson Institute for Internatio­nal Economics, jika CPTPP memperluas­kan keanggotaa­nnya merangkumi ekonomi Asia yang lain, keuntungan sebenar bagi anggota akan jauh lebih besar daripada perjanjian semasa dan lebih tinggi daripada perjanjian TPP asal.

Negara Asia yang menyatakan minat untuk menyertai perjanjian itu termasuk Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Taiwan dan Thailand. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia