Utusan Borneo (Sarawak)

MAFMAG jangka sektor pembuatan makanan dan minuman berkembang lebih 10 peratus

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pembuatan Makanan Malaysia dalam Persekutua­n Pengilang- pengilang Malaysia ( FMM- MAFMAG) menjangkak­an sektor pembuatan makanan dan minuman berkembang lebih 10 peratus tahun ini, dipacu sentimen ringgit dan pengguna lebih baik.

MAFMAG, kumpulan dalam FMM, merangkumi 78 syarikat anggota daripada sektor makanan dan minuman.

Pengerusi, Datuk L. Krishnan berkata MAFMAG yakin 2018 akan menjadi tahun berprestas­i baik seperti tahun lepas dengan sektor makanan dan minuman berkembang 10.77 peratus kepada RM43.87 bilion daripada RM39.60 bilion pada 2016.

“Sektor makanan dan minuman kekal menarik serta sektor yang berkembang bagi ekonomi Malaysia malah sebagai sebuah industri, kami yakin 2018 akan mencapai prestasi lebih baik,” katanya kepada pemberita semasa majlis makan tengah hari bersama media anjuran organisasi itu di sini, kelmarin.

Beliau berkata pengukuhan ringgit dan sentimen pengguna lebih baik memberi sokongan kepada sektor itu meskipun tekanan kos sara hidup berlanjuta­n.

“Anggota kami menumpukan kepada kecekapan dalaman, pengurusan kos secara lebih teliti dan inovasi demi pertumbuha­n jangka panjang walaupun harga bahan mentah lebih tinggi,” katanya.

Krishnan berkata prestasi tahun lepas adalah mencabar bagi sektor makanan dan minuman disebabkan kenaikan harga komoditi, ketidakten­tuan mata wang, sentimen pengguna yang lemah selain persaingan hebat harga.

Bagaimanap­un, beliau berkata, sektor itu masih dapat merekodkan pertumbuha­n dua angka walaupun perlahan berbanding jangkaan awal pada 20 peratus.

Jumlah majikan yang terlibat dalam sektor itu meningkat 3.04 peratus kepada 62,509 pada 2017 daripada 60,663 pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia