Utusan Borneo (Sarawak)

CPTPP penting untuk majukan negara

-

KOTA BHARU: Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatan­gani di Santiago, Chile kelmarin, penting untuk memajukan negara, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata Malaysia harus menjadi sebahagian daripada sistem ekonomi dunia, dan antara kaedahnya ialah menyertai perjanjian perjanjian di peringkat serantau dan global.

“Kita tahu bahawa masih ada kebimbanga­n dalam kalangan rakyat... kita dah jelas dan kita tahu kita tidak mampu untuk meyakinkan semua 100 peratus (rakyat), namun secara keseluruha­nnya, kita yakin perjanjian ini baik untuk Malaysia dan dunia.

“Ada satu kumpulan yang membantah CPTT, dan datang ke pejabat MITI, namun penentanga­n itu tak seperti dahulu. Maknanya rakyat semakin faham bahawa ini penting dalam konteks perdaganga­n dan konteks memajukan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Pembanguna­n Insan di Malaysia, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Yusri Mohamad yang juga anggota panel dialog.

Dialog itu dihadiri kirakira 2,000 guru pendidikan agama.

CPTPP dianggotai 11 negara iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Mustapa sebelum ini mengumumka­n Ketua Setiausaha MITI Datuk Seri J. Jayasari yang juga Ketua Perunding, mewakili Malaysia pada pemeteraia­n CPTPP di Santiago. — Bernama

 ??  ?? MUSTAPA
MUSTAPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia