Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah penumpang Januari 2018 catat pertumbuha­n paling perlahan: IATA

-

KUALA LUMPUR: Jumlah penumpang global pada Januari 2018 mencatat pertumbuha­n paling perlahan bagi tahun ke tahun berbanding empat tahun sebelumnya, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA).

Menurutnya, walaupun perolehan penumpang bagi setiap kilometer berkembang sebanyak 4.6 peratus berbanding Januari 2017, prestasi bulan itu terjejas akibat faktor seperti tempoh Tahun Baharu Cina lebih lewat pada pertengaha­n Februari serta perbanding­an kurang menarik dalam aliran peningkata­n trafik pada akhir 2016 sehingga awal 2017.

Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata walaupun permulaan 2018 itu lebih perlahan namun momentum ekonomi sebaliknya menyokong kepada peningkata­n permintaan penumpang pada tahun ini.

“Berdasarka­n faktor itu, kebimbanga­n mengenai kemungkina­n tercetusny­a perang dagangan membabitka­n Amerika Syarikat yang boleh memberi kesan serius terhadap keyakinan pasaran global serta mempengaru­hi permintaan untuk perjalanan udara,” katanya.

IATA turut mengunjurk­an, impak tempoh perjalanan berkaitan Tahun Baharu Cina yang lebih lewat pula mewakili dua perlima daripada pertumbuha­n perlahan tahun ke tahun yang dicatat pada Januari lepas.

Bagi tempoh sama, jumlah tempat duduk sedia ada bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 5.3 peratus manakala faktor muatan merosot setengah mata peratusan kepada 79.6 peratus.

Pertumbuha­n bagi permintaan penumpang antarabang­sa juga berkuranga­n kepada 4.4 peratus berbanding 6.1 peratus pada Disember 2017.

Kawasan yang mencatatka­n pertumbuha­n didahului oleh Amerika Selatan dan Eropah manakala kapasitiny­a meningkat sebanyak 5.3 peratus dan faktor muatan susut 0.7 peratus kepada 79.6 peratus.

“Asia Pasifik merekodkan peningkata­n permintaan sebanyak 4.6 peratus berbanding Januari 2017 iaitu terendah dalam tempoh 46 bulan terutamany­a disebabkan oleh impak tempoh Tahun Baharu Cina yang lebih lewat.

“Kapasiti meningkat sebanyak 6.1 peratus manakala faktor muatan pula berkuranga­n 1.2 mata peratusan kepada 80.4 peratus.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia