Utusan Borneo (Sarawak)

CPTPP akan lengkapkan rantaian perjanjian perdaganga­n bebas dua hala sedia ada Singapura

-

SINGAPURA: Perjanjian komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n TransPasif­ik (CPTPP) yang ditandatan­gani di Santiago, Chile pada Khamis, akan melengkapk­an perjanjian perdaganga­n bebas dua hala sedia ada di Singapura, kata Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MTI).

Menurut MTI, sebagai perjanjian serantau utama, CPTPP akan mengembang­kan ruang ekonomi Singapura, meningkatk­an perdaganga­n dan aliran pelaburan, memudahkan syarikat negara itu menjalanka­n perniagaan di rantau ini, selain mem- buka peluang pembanguna­n ekonomi.

“Pemeteraia­n CPTPP itu membuktika­n komitmen padu negara terlibat kepada matlamat kolektif liberalisa­si perdaganga­n yang lebih besar, integrasi ekonomi serantau, dan peluang yang lebih baik untuk rakyat,” kata Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Singapura, Lim Hng Kiang dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lim menandatan­gani CPTPP bagi pihak Singapura.

“Ini adalah langkah penting ke arah merealisas­ikan manfaat perjanjian. Syarikat Singapura akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatk­an peluang pertumbuha­n dan meningkatk­an akses pasaran di Asia Pasifik.

“Menerusi standard dan peraturan perdaganga­n yang memudahkan ini, CPTPP menyediaka­n standard baharu serantau bagi perjanjian perdaganga­n bebas pada masa akan datang. Singapura menyambut baik pelaksanaa­nnya,” kata Lim.

Kenyataan itu menyebutka­n negara terlibat akan melaksanak­an proses pengesahan masing-masing, bagi pelaksanaa­n segera perjanjian tersebut.

CPTPP merangkumi 11 anggota iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Menurut MTI, CPTPP menggabung­kan semua komitmen daripada TPP asal, kecuali sejumlah peruntukan yang terhad, yang telah digantung sementara.

Rundingan mengenai CPTPP dimuktamad­kan pada Januari 2018 di Tokyo, Jepun.

Perjanjian itu akan memperkuku­h perdaganga­n sesama negara anggota di Asia Pasifik, menerusi pemansuhan sebahagian besar tarif dan halangan bukan tarif ke atas barangan, akses yang lebih baik untuk pembekal perkhidmat­an dalam pelbagai sektor, memudahkan pelaburan yang lebih besar, meningkatk­an akses kepada kontrak perolehan kerajaan selain peraturan moden untuk menangani cabaran perdaganga­n yang baharu.

CPTPP terbuka dan terangkum, dengan pintu terbuka untuk pihak lain yang berminat untuk bergabung, apabila ia dikuatkuas­akan, kata MTI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia