Utusan Borneo (Sarawak)

Dibuka pertengaha­n November, penuhi keperluan gaya hidup moden

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: tHe Spring Bintulu yang membuka pintunya untuk warga Bintulu pada pertengaha­n November ini bakal memberikan pengalaman istimewa untuk para pengunjung membeli- belah pelbagai fesyen berjenama, barangan kecantikan antarabang­sa, hiburan dan sebagainya sekali gus bakal memenuhi keperluan gaya hidup moden masyarakat.

Dengan sasaran pembukaan kedainya sekitar 90 peratus, pemilik bersama iaitu Sarawak Land (Kemena) Park Sdn Bhd dan Benlong Realty Sdn Bhd mendedahka­n pusat beli-belah itu telah mencapai 70 sasaran penyewa dengan penyewa utamanya Parkson dan penyewa lainnya pula terdiri daripada Uniqlo, MBO Cinema dan Ta Kiong Supermarke­t.

Lokasi utamanya di pusat bandar berhadapan dengan laut, pusat beli-belah yang berkos RM245 juta itu mempunyai ruang peruncitan seluas 390,000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 127 kedai peruncitan dengan membawa perniagaan jenama fesyen dan barangan kecantikan antarabang­sa, lebih banyak kedai makan dan pilihan hiburan untuk diterokai oleh pengunjung.

Kelebihan lain yang terdapat pada pusat beli-belah dua tingkat tHe Spring ialah mempunyai 1,317 parkir untuk kereta dan motosikal, tebingan esplaned untuk acara-acara besar pusat beli- belah dan medan selera yang memiliki 686 tempat duduk, memberikan sudut pandang yang menawarkan panorama indah di Laut China Selatan di kawasan terbuka.

Pusat beli-belah ini bakal menawarkan 1,000 pekerjaan dalam industri peruncitan dan menjangkak­an akan menerima sekitar tiga juta pengunjung pada tahun pertama dan menyasarka­n peningkata­n seterusnya berikutan Bintulu disambungk­an oleh hubungan laluan antarabang­sa menerusi penerbanga­n terus dari Singapura.

The Spring Management Services (Bintulu) Sdn Bhd akan menguruska­n pusat beli-belah gaya hidup dengan matlamatny­a untuk menyediaka­n jenama unik tHe Spring untuk pengalaman membeli -belah menarik kepada pengunjung­nya.

Pengunjung dan pembeli menjangkak­an akan dapat layanan yang mengujakan untuk acara peruncitan yang menarik, program penebusan eksklusif dan akan merasai pengalaman dekorasi pesta pusat beli-belah satu daripada seumpamany­a yang diraikan oleh tHe Spring.

Pemilihan bandar Bintulu untuk pembukaann­ya pula, Pengarah Urusan PE Group of Companies, James Ling Chung semasa bercakap kepada media berkata, kalau dahulu Bintulu merupakan sebuah perkampung­an nelayan hanya mempunyai sehingga 20,000 penduduk tetapi selepas 30 tahun populasiny­a meningkat kepada 251,000 orang dan pemilihan Bintulu mengambil kira akan lokasinya yang terletak di tengah antara utara dan selatan Sarawak.

“Semua sumber berkaitan tenaga merangkumi tenaga hidro, minyak dan gas, pelbagai industri ada di Bintulu. Ini sebab mengapa kami berada di sini dan memilih Bintulu sebagai tempat kami beroperasi lebih-lebih lagi Bintulu berpotensi membawa keuntungan besar kepada kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah The Spring Management Services Andy Song berkata, Bintulu menawarkan peluang kerja, pendidikan, perniagaan yang semakin berkembang untuk pasaran tempatan sekali gus dengan kehadiran kami akan membuka lebih ruang untuk memenuhi keperluan penduduk di sini.

Katanya, kewujudan tHe Spring sebagai pemangkin untuk mewujudkan peluang pekerjaan, gaya hidup moden dengan memberi khidmat berkaitan gaya hidup contohnya berkaitan dengan hiburan cinema yang kerap diperkatak­an oleh warga di Bintulu.

Beberapa penyewa yang mengesahka­n akan beroperasi di tHe Spring ialah Parkson, MBO Cinemas, Ta Kiong Supermarke­t, Uniqlo (Malaysia) Sdn Bhd, Popular Bookstores, Maxis, OSIM, Watsons, Switch, Mollyfanta­sy, Skechers Footwear, foodbazaar, Secret Recipe, TOMEI Gold & Jewellery, Sorella, VERN’S, Eyesight Optic, Pierre Cardin dan Focus Point.

 ??  ?? PENGALAMAN ISTIMEWA: James Ling bercakap pada sidang media di Bintulu kelmarin.
PENGALAMAN ISTIMEWA: James Ling bercakap pada sidang media di Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia