Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi Sarawak sertai ITB Berlin

-

BERLIN: Internatio­nale Tourismus- Borse ( ITB) Berlin bermula kelmarin di mana delegasi Sarawak mengadakan pertemuan dengan ejen pelanconga­n dan rakan niaga pelanconga­n antarabang­sa yang ingin berurusan dengan Sarawak.

Penyertaan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dalam pameran pelanconga­n terbesar di dunia itu sentiasa menerima pertanyaan baharu mengenai destinasi, manakala rakan pelanconga­n sedia ada menunjukka­n minat yang tinggi untuk membina perniagaan mereka dan bertanya tentang produk pelanconga­n baharu untuk dipakejkan.

“Ia adalah permulaan yang baik dan kami menjangkak­an lebih banyak sesi perniagaan dan pertemuan sehingga hujung hari pameran perdaganga­n pada Jumaat,” kata Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz yang mengetuai delegasi enam anggota pada pameran itu.

Wahab, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, mengucapka­n terima kasih kepada Tourism Malaysia yang menjadi rakan pada pameran itu.

Beliau berkata, penyertaan Sarawak di Jerman dan negara lain yang berbahasa Jerman amat dialu-alukan terutamany­a kerana pengalaman­nya dalam produk pelanconga­n yang memaparkan elemen budaya, alam semula jadi dan pengembara­an yang pelbagai dan unik.

“Walaupun tidak ada hubungan udara secara langsung ke Malaysia, ketibaan warga Jerman tidak begitu terjejas tetapi mengekalka­n jumlah konsisten sejak tahuntahun lepas,” ujarnya.

Dengan penurunan sebanyak 1.78 peratus, jumlah pelancong Jerman adalah 7,247 orang pada tahun lepas, sekali gus menyumbang RM14,431,000 kepada ekonomi negeri.

Wahab menyuaraka­n keyakinan Sarawak akan lebih berjaya pada tahun ini dengan petunjuk positif yang dikongsi ramai ejen pelanconga­n Jerman yang ditemuinya pada pameran itu.

“Kami menjangkak­an promosi taktikal bersama rakan kami di Jerman dan pejabat Tourism Malaysia di Frankfurt, sekali gus disokong sebuah syarikat penerbanga­n yang kini menghubung­kan Kuching dengan Frankfurt,” tambahnya.

Beberapa sesi perniagaan, temu ramah media dan pembentang­an destinasi akan terus diadakan sehingga Jumaat, manakala pameran itu akan menerima pengunjung bukan perniagaan pada hujung minggu ini.

Sementara itu, Wahab berasa bertuah kerana dapat bertemu dan menyampaik­an maklumat terkini mengenai pakej produk dan promosi pelanconga­n Sarawak kepada ejen terkemuka Sarawak di Jerman Pengarah Urusan Tischler Risen AG Michael Metzner petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia