Utusan Borneo (Sarawak)

Program Temu Duga Terbuka SL1M diadakan di Sabah pada 17 dan 18 Mac

-

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan lokasi kedua Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia pada tahun ini.

Penganjura­n program terbuka kepada graduan dan pencari kerja pelbagai peringkat kelulusan dari seluruh negara.

Program ini adalah hasil kolaborasi erat antara Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama-sama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Program ini diadakan selama dua hari berturut-turut pada 17 dan 18 Mac 2018 di Dewan Canselor, UMS. Pendaftara­n bermula seawal jam 7 pagi sehingga 6 petang.

Program ini juga menawarkan ribuan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua graduan serta pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan. Sesi temu duga dijalankan secara ‘on the spot’ oleh pihak sya- rikat terlibat dan pihak SL1M menjangkak­an lebih daripada 10,000 pengunjung akan hadir membanjiri UMS untuk merebut peluang pekerjaan dan latihan yang disediakan.

Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah kali ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada 17 Mac 2018.

Selain daripada tawaran peluang pekerjaan oleh syarikat, program ini turut menampilka­n selebriti tempatan untuk memberi motivasi serta inspirasi kepada semua graduan dan pencari kerja yang hadir bagi menaikkan lagi semangat dalam diri mereka untuk terus berusaha dalam mencari peluang-peluang pekerjaan dan memperkasa diri untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Pada 24 Februari 2018 barubaru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman berkenaan kenaikan elaun pelatih SL1M kepada RM2,000 sebulan ketika Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah yang diadakan di MAEPS, Serdang dan akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GLC dan juga oleh ribuan peserta SL1M dari 25 GLC yang mengambil bahagian dalam Program SL1M.

Penetapan kadar minimum elaun bulanan terbaharu ini adalah terpakai kepada semua peserta SL1M yang sedang dan akan menjalani latihan SL1M di syarikat- syarikat yang melaksanak­an Program SL1M secara Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) dan syarikat penerima manfaat Kontrak Perolehan Kerajaan.

Pengumuman ini tidak memberi bebanan tambahan kepada syarikat sedia ada di mana kuota pengambila­n pelatih SL1M syarikat akan dipertimba­ngkan setara dengan kadar kenaikan elaun sejumlah RM2,000.

SL1M ingin menjemput semua graduan dan pencari kerja serta seluruh rakyat Malaysia untuk hadir merebut peluang yang diberikan ini bagi sama-sama berusaha meningkatk­an tahap kebolehpas­aran diri dengan mendapatka­n peluang pekerjaan dan latihan yang sesuai.

SL1M juga menyeru semua pihak khususnya syarikat swasta untuk sama- sama terlibat dalam membantu para graduan tempatan meningkatk­an tahap kebolehpas­aran mereka sekali gus memperbaik­i taraf ekonomi graduan dan keluarga.

Syarikat yang terlibat akan diberikan Insentif Potongan Cukai Berganda atau Skim HRDF-SL1M dalam usaha menggalakk­an lagi penglibata­n syarikat swasta dalam program CSR ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia