Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun masih ada perasaan takut tetapi keselamata­n pendaki harus didahuluka­n

-

KUNDASANG: Pengalaman kali kedua merasai gegaran di Gunung Kinabalu menuntut malim gunung untuk membantu mengawal keadaan susulan gempa bumi sederhana melanda Ranau malam kelmarin.

Jemain @ Jabili Midin, 50, berkata walaupun gegaran kali ini tidak sekuat gempa bumi pada 2015, namun beliau masih mempunyai perasaan takut.

“Namun begitu, saya ingat untuk tenang demi pendaki yang berada di situ (Panalaban).

“Biasanya, apabila ada gegaran, kami ( malim) bawa pendaki ke lokasi berkumpul yang mana kami akan menenangka­n para pendaki,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Taman Kinabalu di sini.

Jemain antara 42 malim di Laban Rata Resthouse di Panalaban, yang merupakan titik persinggah­an pendaki sebelum melanjutka­n pendakian ke puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegark­an Ranau jam 9.06 malam kelmarin.

Kejadian itu menyebab- kan beberapa daerah seperti Kudat, Tuaran, Papar, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Kundasang turut merasai gegarannya.

Seorang lagi malim gunung Hanson Juhili, 35, yang pertama kali merasai gempa bumi di Panalaban, sukar menjelaska­n perasaan takut ketika kejadian malam kelmarin.

“Apa boleh buat. Keadaan sudah begitu. Mujurlah tiada yang cedera.

“Dalam situasi yang genting itu, kami malim gunung perlu tenang dan mendahuluk­an keselamata­n pendaki,” katanya.

Jomius Binte, 54 pula turut bersyukur keadaan di Panalaban terkawal, walaupun terdapat pendaki yang trauma akibat gegaran kira-kira enam saat itu.

“Selepas kami semua selamat turun di Timpohon Gate (titik permulaan pendakian), kami diberi makanan.

“Pada masa itu ( ketika makan), saya melihat ramai pendaki keletihan. Ada yang tidur beralaskan lengan di meja, ada yang terus pulang ke hotel masing- masing,” katanya dan menambah kebanyakan pendaki berasal dari dalam negara, Korea dan Eropah.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahka­n dua pendaki wanita dibawa ke Hospital Ranau kerana mengalami Penyakit Akut Gunung (AMS) ketika menuruni gunung.

Seramai 239 orang, termasuk 130 pendaki berada di Panalaban ketika kejadian dan dibawa turun ke Timpohon Gate oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) mulai jam 9.40 malam dan operasi tamat pada jam 4.30 pagi.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun telah mengarahka­n agar semua aktiviti pendakian Gunung Kinabalu digantung sementara berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati keadaan di Timpohon Gate sepi tanpa sebarang aktiviti.

Keadaan di Taman Kinabalu juga tenang dengan beberapa kumpulan pendaki, rata-rata daripada kalangan pendaki dalam negara, menaiki kenderaan pelancong untuk kembali ke Kota Kinabalu.

Cuaca di Kundasang juga cerah pagi ini dengan aktiviti harian di pekan berjalan seperti biasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYELAMAT: Malim gunung yang terlibat membawa turun pendaki dari Panar Laban selepas berlakunya gempa bumi sederhana bermagnitu­d 5.2 pada skala richter yang mengegarka­n Ranau kira-kira 9.06 malam semalam.
— Gambar Bernama PENYELAMAT: Malim gunung yang terlibat membawa turun pendaki dari Panar Laban selepas berlakunya gempa bumi sederhana bermagnitu­d 5.2 pada skala richter yang mengegarka­n Ranau kira-kira 9.06 malam semalam.
 ??  ?? PAKEJ: Ghani menyampaik­an replika cek PPG kepada Pegawai RISDA Keningau Zainal Aliasan.
PAKEJ: Ghani menyampaik­an replika cek PPG kepada Pegawai RISDA Keningau Zainal Aliasan.
 ??  ?? KOMITED: Rahman beramah mesra dan bersalaman dengan murid-murid SJKC Good Shepherd.
KOMITED: Rahman beramah mesra dan bersalaman dengan murid-murid SJKC Good Shepherd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia