Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan umum RM2.9 juta untuk bina sekolah baharu SJK(C) Good Shepherd

-

KOTA KINABALU: Kerajaan mengumumka­n peruntukan berjumlah RM2.9 juta bagi membina bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan SJK(C) Good Shepherd yang baharu di sini, bagi menggantik­an bangunan sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pembinaan sekolah baharu yang dijangka siap dua tahun bermula tahun ini adalah sebagai penghargaa­n atas sumbangan warga SJKC Good Shepherd yang sudah banyak melahirkan pemimpin serta tenaga pakar dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan komited membantu sekolah jenis kebangsaan ini yang mana ia juga adalah sebahagian usaha kita dalam merapatkan lagi hubungan kerajaan dan rakyat.

“Ini juga sebagai tanda terima kasih kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan selama ini,” katanya selepas melancarka­n Pesta Angpau 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan SJK(C) Good Shepherd Manggatal, di sini pada Khamis.

Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud dan yang bertanggun­gjawab terhadap Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) berkata, usaha itu bertepatan dalam merealisas­ikan hasrat warga sekolah itu untuk berpindah ekoran keadaan sekolah yang kelihatan usang dan tidak selesa.

Selain itu katanya, ia juga sekali gus menangani masalah kesesakan akibat ruang pekarangan sekolah yang sempit disebabkan berhampira­n bangunan gereja.

“Kita dimaklumka­n bahawa pihak pengurusan SJKC Good Shepherd ini sememangny­a sudah lama berhasrat pindah ke tempat baharu disebabkan sering dilanda banjir apabila hujan lebat.

“Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan memastikan sekolah yang sudah berusia 90 tahun ini terus dibangunka­n dengan kemudahan terkini sekali gus memberi keselesaan kepada warga sekolah menjalanka­n pembelajar­an dan pengajaran,” katanya.

Terdahulu, warga sekolah itu juga berjaya mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai termasuk peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta selama 10 tahun sebagai tambahan bagi merealisas­ikan hasrat membina sekolah baharu.

Dijangkaka­n, sekolah baharu berkeluasa­n 2.5 ekar yang bakal dibina 500 meter dari sekolah asal itu akan meningkatk­an bilangan murid sehingga 20 hingga 30 peratus berbanding kini yang hanya mampu menempatka­n seramai 432 murid.

Pada majlis itu, Rahman turut mengumumka­n pemberian sebuah van sekolah sebagai kemudahan murid selain memberi sumbangan berupa wang tunai kepada 43 murid yang berasal dari keluarga kurang berkemampu­an dan pemberian angpau kepada semua murid yang hadir.

Dalam perkembang­an lain, Rahman berkata kerajaan bersetuju menawarkan 50 peratus daripada 1,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal siap di Kionsom Inanam khas untuk penduduk Sepanggar.

Katanya, setiap unit rumah mampu milik itu hanya dijual paa harga RM42 ribu dengan pemberian diskaun sehingga 75 peratus oleh kerajaan jika dibandingk­an dengan kos pembinaan setiap unit bernilai lebih RM200 ribu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia