Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan `mati katak’ di jalan raya: Muis

-

TAWAU: Bunyinya mungkin keras, namun peringatan ‘ jangan mati katak’ menjadi pesanan tegas supaya setiap penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya khususnya memiliki lesen memandu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho meluahkan kerisauann­ya terhadap trend kanak-kanak bawah umur yang menunggang motosikal di jalan raya.

“Bukan sahaja kanak-kanak bawah umur, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai lesen memandu, yang terdedah kepada istilah ‘mati katak’ jika terlibat dalam kemalangan.

“Tidak ada yang dapat dilakukan untuk mereka sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana tidak ada lesen memandu dan perlindung­an insurans,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pertemuan bersama Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sabah sempena program lesen motosikal Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik, di sini pada Rabu.

Muis akui begitu bimbang apabila melihat kanak-kanak yang baharu berusia 12 tahun tetapi sudah berani menunggang motosikal di jalan raya.

“Kita harap pemimpinpe­mimpin masyarakat beritahula­h ibu bapa supaya jangan benarkan anak-anak yang tidak ada lesen memandu menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, lesen memandu perlu ada jika golongan ibu bapa mahu membenarka­n anak-anak yang bersekolah menengah menunggang motosikal untuk ke sekolah mereka.

“Justeru, kita mengalualu­kan hasrat JPJ untuk mengadakan program-program kesedaran di sekolah-sekolah sebagaiman­a yang dilakukan hari ini (kelmarin) di Sebatik,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berharap JPJ dapat mengembang­kan program itu daripada hanya berfokus motosikal kepada kenderaan lain khususnya di kawasan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia