Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki panjat papan iklan setinggi 50 meter

-

TAWAU: Tindakan seorang lelaki yang memanjat papan iklan setinggi kira-kira 50 meter di Jalan Dunlop, yang terletak di tengah-tengah bandar Tawau, di sini pada Khamis, menarik perhatian orang ramai.

Utusan Borneo difahamkan kejadian terbabit disedari kira-kira jam 3.30 petang sebelum lelaki itu berjaya dipujuk untuk turun.

Namun sehingga kini, belum diketahui latar belakang identiti dan motif sebenar lelaki itu memanjat papan iklan terbabit.

 ??  ?? DIPUJUK: Lelaki ini disyaki tidak siuman dan sudah dihantar ke Hospital Tawau.
DIPUJUK: Lelaki ini disyaki tidak siuman dan sudah dihantar ke Hospital Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia