Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya kerajaan bertanggun­gjawab mampu urus negara dengan baik

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan hanya kerajaan yang bertanggun­gjawab seperti Barisan Nasional (BN) mampu mengurus dan mentadbir negara dengan baik.

Beliau berkata negara yang ditadbir dengan baik seperti dilakukan BN yang menerajui kerajaan sejak negara merdeka, manfaatnya dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

“Terlalu banyak bantuan (langsung dan tidak langsung) dan secara meluas kerajaan berikan kepada rakyat. Ia bukan tugas mudah untuk dilakukan dan hanya boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab.

“Sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab, harus menentukan bahawa negara kita ini aman damai dan harmoni. Kalau negara kita tidak aman damai, tidak ada kestabilan­nya, kita tidak boleh memberi tumpuan agar keperluan rakyat itu diberi perhatian,” katanya semasa merasmikan majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an bagi murid Sekolah Kebangsaan Tempasuk 1 dekat sini semalam.

Justeru kerajaan yang bertanggun­gjawab harus menentukan terlebih dahulu bahawa negara dalam keadaan aman, damai dan stabil, katanya.

Salleh berkata negara yang aman dan stabil akan memberi ruang kepada kerajaan untuk membangunk­an segala pras- arana asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih serta pendidikan berkualiti untuk generasi masa depan negara.

“Kalau kita lihat di negaranega­ra lain, ada kanak-kanak tidak dapat bersekolah, bilik darjah pun tidak ada, kena belajar di luar (tanpa kelas). Ini berlaku kerana keutamaan kerajaan di situ bukan memberi perhatian kepada pendidikan. Kita di Malaysia ini, alhamdulil­lah, peruntukan besar diberikan untuk menentukan anak-anak kita mendapat pendidikan terbaik,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya rakyat yang berpendidi­kan dan penyediaan peluang pekerjaan oleh kerajaan hasil pengurusan negara dan ekonomi yang cekap, generasi akan datang mudah memperoleh pekerjaan seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Salleh mengingatk­an rakyat agar sentiasa melakukan yang terbaik dan bersatu padu bagi memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan terpelihar­a dari segala bentuk ketidaksta­bilan.

Yang terbaik ialah menentukan supaya negara ditadbir oleh kerajaan yang bertanggun­gjawab dan kunci segalagala­nya adalah bersatu padu, kata Salleh.

Pada majlis berkenaan beliau mengumumka­n bantuan RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tempasuk 1 untuk menyediaka­n ruang parkir sekolah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Salleh menyampaik­an amanat kepada pergerakan Pemuda Barisan Nasional Kadamaian ketika menghadiri program santai jentera briged gempur pergerakan pemuda BN N7 Kadamaian di Kampung Purak Ogis dekat Kota Belud, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Salleh menyampaik­an amanat kepada pergerakan Pemuda Barisan Nasional Kadamaian ketika menghadiri program santai jentera briged gempur pergerakan pemuda BN N7 Kadamaian di Kampung Purak Ogis dekat Kota Belud, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia