Utusan Borneo (Sarawak)

Manifesto PH sekadar ‘cerita lama’ dan ‘kitar semula’: Abang Johari

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatka­n manifesto Pakatan Harapan (PH) termasuk mengembali­kan hak Sarawak sebagai ‘cerita lama.’

Menurut beliau, Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri 22 tahun, tetapi kenapa hari ini beliau mahu berbuat demikian.

“Itu cerita lama… beliau (Tun Mahathir) menjadi 22 tahun, kenapa sekarang?

“Perkara berkenaan malahan tiada kepentinga­n baginya,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, manifesto PH itu juga sekadar kitar semula untuk pilihan raya.

“Mereka kitar semula sahaja, masa pilihan raya macammacam janji dibuat, anda pun tahu itu,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak tidak perlu bimbang kerana sehingga kini telah mendapat banyak haknya hasil daripada perbincang­an dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, ini termasuk berkaitan PETROS baru-baru ini apabila Sarawak bakal meneroka sumber semula jadi minyak dan gas menurut perlembaga­annya di bawah Senarai Negeri seperti mana dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Datuk Seri Najib telah memberi banyak hak kepada kita dan satu daripadany­a adalah PETROS (Petroleum Sarawak Berhad).

“Ia adalah hasil daripada perbincang­an dengan Perdana Menteri,” tegasnya.

Baru-baru ini, PH melancarka­n manifesto rasmi mereka sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan antaranya termasuk untuk mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, ditanya berhubung pertemuan beliau dengan Perdana Menteri kelmarin, Abang Johari enggan mengulas lanjut dan menyatakan ia biasa sahaja.

“Tidak ada apa-apa (istimewa)… nantilah saya akan umumkan,” katanya ringkas.

 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari turut mencuba simulasi kapal terbang yang dipamerkan sempena SCaT Fair 2018 di BCCK, semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar juga Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak...
TERTARIK: Abang Johari turut mencuba simulasi kapal terbang yang dipamerkan sempena SCaT Fair 2018 di BCCK, semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar juga Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia