Dorong anak dekati al- Quran
Ilmu berkaitan al-Quran harus dijadikan panduan kehidupan, bukan hanya dipelajari untuk jadi qari atau qariah
MUKAH: Ibu bapa atau penjaga harus mendorong anak- anak mendekatkan diri dengan ajaran kitab suci al-Quran.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ilmu berkaitan al- Quran harus dijadikan panduan kehidupan dan bukan hanya dipelajari untuk menjadi seorang qari atau qariah.
“Ilmu al- Quran adalah luas dan bukan hanya belajar untuk menjadi johan qari atau qariah sahaja, ia lebih besar daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Tadarus Al-Quran, Hafazan, Bercerita Dari Al- Quran dan Festival Nasyid (MTQ) Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Dalat di Sekolah Kebangsaan (SK) Datu Pengiran Mohamad, petang semalam.
Menurutnya, ilmu yang terkandung dalam al-Quran dapat menjadi benteng utama seseorang itu daripada terjebak dengan gejala sosial.
Ini terbukti berkesan dengan para keluarga yang amat mementing serta menerapkan agama dalam kehidupan mereka.
Pada masa sama, beliau turut berharap segala usaha untuk menjadikan Dalat sebuah daerah johan dalam segenap bidang iaitu Dalat Champ akan terus menyinar.
“Bukan sahaja tilawah peringkat daerah, malah ba-
Ilmu al-Quran adalah luas dan bukan hanya belajar untuk menjadi johan qari atau qariah sahaja, ia lebih besar daripada itu. ” Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
hagian, negeri, kebangsaan serta antarabangsa, malah kita turut menumpukan kejayaan dalam semua bidang,” jelasnya.
Hal itu katanya, memerlukan kerjasama dan peranan semua pihak termasuk pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru besar, guru serta ibu bapa pelajar.
Beliau pada masa sama turut menasihati ibu bapa agar membuat jadual pembelajaran persendirian bagi anak- anak mereka ketika berada di rumah.
Ini katanya, untuk membiasakan mereka belajar secara sendiri ketika menjejaki alam persekolahan menengah sedikit masa lagi.
Turut hadir pada majlis tersebut, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Muhd Aslam Quraisya Abdullah, Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Dalat Jainal Janis, Pengerusi Unit Pendidikan Islam PPD Dalat Hambali Rabi dan Guru Besar Kamal Jahuri.