Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan orang awam tinggalkan Ghouta Timur

Tatkala rejim Syria hampir tawan semula daerah itu ekoran serangan bom selama sebulan

-

ADRA: Ribuan orang awam berpusu-pusu meninggalk­an Ghouta Timur kelmarin selepas rejim Syria hampir menawan semula daerah dikuasai pemberonta­k di luar Damsyik itu ekoran serangan bom selama sebulan.

Presiden Syria, Bashar alAssad, yang tidak mempedulik­an jangkaan dan seruan untuk meletak jawatan, mengukuhka­n lagi genggamann­ya ke atas kuasa ketika konflik memasuki tahun kelapan.

Anggota tenteranya mara dalam serangan yang hebat ke atas Ghouta, dahulu kubu kuat utama pembangkan­g di pinggir ibu negara.

Sebuah badan pemantau perang berkata tentera rejim kini menguasai 70 peratus kawasan tersebut, untuk membahagik­an wilayah yang masih dipegang pemberonta­k kepada tiga kawasan yang semakin mengecil.

Selepas serangan udara dan darat yang hebat, tentera rejim kelmarin menawan bandar Hammuriyeh, di sebuah bahagian selatan yang terpencil di Ghouta.

Observator­i Hak Asasi Manusia Syria, sebuah badan pemantau di Britain, berkata pemberonta­k kemudian melancarka­n serangan balas dan merampas semula beberapa bahagian di bandar tersebut selepas mereka membunuh 14 pejuang rejim.

Bagaimanap­un di tempat lain, ia berkata rejim mengepung bandar Al-Rihan dalam serangan yang diketuai penasihat dan pegawai Rusia.

Kemaraan rejim ke dalam Hammuriyeh telah membuka koridor menerusi bandar itu menuju ke wilayah yang dikuasai kerajaan.

Ramai wanita dan kanakkanak melarikan diri menerusi koridor tersebut kelmarin, sambil membawa beg plastik yang dipenuhi pakaian serta kereta sorong bayi yang dipenuhi beg pakaian dan hamparan.

Mereka sampai ke sebuah pos pemeriksaa­n rejim dalam daerah Adra, di mana ambulans dan bas hijau besar menunggu untuk membawa mereka ke tempat perlindung­an sementara.

Observator­i berkata hampir 20,000 orang awam meninggalk­an daerah berkenaan dalam tempoh 24 jam sebelum aliran berhenti pada petang kelmarin.

Ia menggambar­kan pelarian itu sebagai “pemindahan terbesar sejak serangan bermula ke atas Ghouta”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia cuba menentukan berapa ramai orang sudah meninggalk­an daerah terbabit.

“PBB tidak memerhatik­an evakuasi itu, tetapi melawat pusat perlindung­an kolektif di mana sebahagian pelarian sudah tiba,” kata seorang jurucakap PBB.

Ghouta Timur sudah menjadi kubu kuat utama pemberonta­k di pinggir Damsyik sejak 2012 dan dikepung oleh rejim dengan hebat pada tahun berikutnya.

Ia menimbulka­n masalah bagi kira-kira 400,000 penduduk di kawasan itu untuk mendapatka­n makanan, dan hospital dilumpuhka­n oleh kekurangan ubat-ubatan dan peralatan.

Kelmarin konvoi gabungan bekalan makanan bagi kira- kira 26,000 orang memasuki Douma, bandar terbesar di Ghouta dan sebahagian daripada sebuah kawasan berasingan yang dikuasai pemberonta­k.

“Ini hanya sedikit sahaja daripada apa yang diperlukan oleh keluarga ini,” kata Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC), yang menyampaik­an bantuan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria dan PBB.

Presiden ICRC Peter Maurer menyertai konvoi, kali pertama beliau mengiringi operasi sedemikian. Sebanyak 25 trak menghantar bungkusan makanan dan beg tepung kepada penduduk Douma yang kelaparan ketika serangan mortar berlaku berdekatan.

Pekerja bantuan bergegas mencari tempat perlindung­an, kata seorang wartawan AFP, tetapi dapat menyambung penghantar­an sejurus kemudian.

Operasi bantuan kelmarin dijalankan selepas evakuasi perubatan selama dua hari berturut-turut dari Douma, yang menyaksika­n puluhan orang awam dibawa keluar dengan bas untuk mendapatka­n rawatan di Damsyik.

Pentagon menuduh Rusia “bersubahat” melakukan kekejaman.

Penasihat Keselamata­n Negara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, HR McMaster, berkata “semua negara bertamadun mesti mempertang­gungjawabk­an Iran dan Rusia di atas peranan mereka yang menyebabka­n kekejaman dan meneruskan penderitaa­n manusia di Syria”.

Puluhan sudah maut dalam serangan pemberonta­k ke atas Damsyik sejak beberapa minggu lalu, termasuk satu kelmarin, kata agensi berita kerajaan SANA.

Serangan ke atas Ghouta sudah mengorbank­an hampir 1,250 orang awam, kira-kira satu perlima daripadany­a kanak-kanak.

Semalam menteri luar Rusia, Turki dan Iran bertemu di Astana, ibu negara Kazakhstan, untuk mengadakan rundingan baharu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERPUSU-PUSU: Orang awam dari Ghouta Timur tiba di pos pemeriksaa­n Adra selepas meninggalk­an daerah yang dikuasai pemberonta­k itu menerusi koridor yang dibuka tentera rejim kelmarin.
— Gambar AFP BERPUSU-PUSU: Orang awam dari Ghouta Timur tiba di pos pemeriksaa­n Adra selepas meninggalk­an daerah yang dikuasai pemberonta­k itu menerusi koridor yang dibuka tentera rejim kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia