Utusan Borneo (Sarawak)

CUTI PERTENGAHA­N PENGGAL BERTUKAR TRAGEDI

-

MIRI: Permulaan cuti pertengaha­n penggal persekolah­an bertukar tragedi apabila seorang murid perempuan tahun lima sebuah sekolah rendah maut kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Baram Bypass berhadapan sebuah institusi kemahiran di sini, pagi semalam.

Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan itu dikenali sebagai Heather Helda Tawi, 11, dari Piasau Link.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahka­n kemalangan maut tersebut berlaku kirakira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal yang dibonceng mangsa yang maut dan ditunggang oleh seorang mangsa lelaki yang masih belum dikenal pasti identitiny­a.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa melanggar belakang sebuah kereta lalu terbabas ke sebelah kiri.

“Selepas terbabas, motosikal itu kemudianny­a dirempuh sebuah kereta lain mengakibat­kan penunggang dan pembonceng­nya terbabit diseret,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Alexson berkata, murid perempuan tersebut disahkan maut di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang maut kemudianny­a dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutny­a.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MAUT: Mangsa yang maut diangkat ke atas kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Miri bagi tindakan selanjutny­a.
MAUT: Mangsa yang maut diangkat ke atas kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Miri bagi tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia