Utusan Borneo (Sarawak)

TAMAN TEMA AIR DIBUKA 31 MAC

Borneo Samariang Waterpark bakal menjadi satu lagi destinasi pelanconga­n di Sarawak.

- BERITA DI MUKA

KUCHING: Sarawak bakal memiliki satu lagi ikon destinasi pelanconga­n apabila taman tema air Borneo Samariang Waterpark berkeluasa­n 30 ekar beroperasi pada 31 Mac ini.

Datuk Bandar Dewan Bandar Raya Kuching Utara ( DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, taman tema air itu diyakini menjanjika­n keseronoka­n kepada pengunjung dengan pelbagai permainan dan riadah disediakan.

“Saya difahamkan Borneo Samariang Waterpark ini menawarkan pelbagai kemudahan riadah kepada semua peringkat usia dan antara yang menjadi tarikan utama pengunjung ialah Santubong Tower Slides iaitu gelungsung air untuk orang dewasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke Borneo Samariang Waterpark yang terletak berhampira­n Bandar Baru Samariang dan Pasir Pandak di sini semalam bersama pihak pemaju, Sentoria Group Berhad.

Bercakap mengenai lawatan itu, Abang Abdul Wahap memberitah­u pihaknya amat berpuas hati dengan hasil pemeriksaa­n yang dilakukan terhadap perkembang­an projek taman tema air itu.

“Kita ( DBKU) sudah mengeluark­an Sijil Kelayakan Menduduki (OP) kepada pihak pemaju untuk Borneo Samariang Waterpark ini.

“Harapan saya dengan pembukaan taman tema air ini nanti, ia bakal menjadi antara destinasi pelanconga­n ke Kuching khasnya dan Sarawak amnya, “katanya.

Sementara itu, wakil Sen- toria Group Berhad Alison Ong berkata, Borneo Samariang Waterpark yang akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Mac ini mampu menampung kehadiran 2,000 hingga 3,000 pengunjung pada satu-satu masa.

Beliau memberitah­u, projek yang dibangunka­n oleh Sentoria Group Berhad itu telah memulakan pembinaany­a sejak dua tahun lalu.

Justeru katanya, orang ramai dialu-alukan untuk datang ke taman tema air itu memandangk­an banyak kemudahan riadah yang menyeronok­kan dan menarik disediakan untuk mereka.

“Bagi mereka yang ingin memasuki Borneo Samariang Waterpark, bayaran kemasukan akan dikenakan iaitu RM38 untuk dewasa dari usia 13 hingga 59 tahun, RM28 untuk kanak-kanak dengan ketinggian 90cm dan ke atas hingga usia 12 tahun, sementara kanak- kanak yang mempunyai ketinggian bawah 90 cm adalah percuma.

“Manakala untuk warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas, bayaran kemasukan adalah RM28,” katanya sambil memberitah­u bayaran itu adalah termasuk dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Untuk makluman orang ramai, tambahnya, Borneo Samariang Waterpark dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat, manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

 ??  ??
 ??  ?? DINANTI-NANTI: Santubong Tower Slides, antara tarikan utama di Borneo Samariang Waterpark yang akan dibuka kepada umum pada 31 Mac ini.
DINANTI-NANTI: Santubong Tower Slides, antara tarikan utama di Borneo Samariang Waterpark yang akan dibuka kepada umum pada 31 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia