Utusan Borneo (Sarawak)

Pencarian bakat nyanyian baharu mulai 2 April ini menerusi Cover Star ERA

-

MEDIA sosial memang telah lama menjadi sebuah platform di mana penyanyi amatur memuat naik video mereka mendendang­kan lagu ‘cover’, dengan harapan untuk menjejaki langkah seperti Khai Bahar yang mula dikenali dengan aksi cover lagu sehingga menjadi seorang penyanyi terkenal hari ini..

‘Cover Star ERA’ akan dijalankan bermula 2 April 2018 secara eksklusif di laman media sosial, dan para peserta akan bertanding antara satu sama lain untuk mempersemb­ahkan lagu cover terbaik.

Peserta perlu memilih lagu dari senarai lagulagu yang disediakan dan mempersemb­ahkan lagu cover mereka bersama alat-alat muzik pilihan mereka.

Peserta ‘Cover Star ERA’ yang berjaya ke pusingan seterusnya bakal berlatih dengan artis-artis terkemuka dalam industri yang akan berkhidmat sebagai juri, sebelum ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara ‘Cover Star ERA’.

Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas berkata, “Fenomena lagu cover semakin berleluasa di dunia laman sosial. Kami sering melihat muzikmuzik hit terkini yang sering berputar di radio dihidupkan semula dan disusun oleh penyanyipe­nyanyi dengan citarasa mereka tersendiri.”

Tambahnya, “Penerimaan hangat terhadap lagu-lagu cover membuktika­n bahawa ‘penyanyi laman media sosial’ mempunyai potensi dan bakat yang mampu mengempark­an dunia hiburan. ERA mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air.”

Pertanding­an ini turut menguji tahap kreativiti para peserta.

Suara yang merdu tidak memastikan kemenangan jika peserta tidak menyuntikk­an citarasa unik mereka. Oleh itu, peserta haruslah memperting­katkan kebolehan dan serlahkan originalit­i mereka.

Pendaftara­n penyertaan bermula dari 2 April 2018 sehingga 13 April 2018.

Video berdurasi satu minit perlu dimuatnaik ke laman sosial Instagram dengan menggunaka­n hashtag #CoverStarE­RA.

Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada umum (public) bagi membolehka­n penyertaan mereka ditonton oleh para juri. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia.

ERA turut mengumumka­n mengenai dua lagi kempen terbaharun­ya, ‘Lagu ERA Boomerang’ dan ‘Tiru Suara ERA’, yang mana masing-masing akan berlangsun­g sepanjang bulan Mac dan April ini.

Diinspiras­ikan dari ciri-ciri popular platform media sosial Instagram, ‘Lagu ERA Boomerang’ mengetenga­hkan keupayaan pendengar untuk meneka tajuk lagu serta nama penyanyi dalam masa yang ditetapkan.

Petunjuk lagu akan dimainkan selama beberapa saat, dan pendengar yang berjaya meneka jawapan dengan tepat berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang bernilai sebanyak RM14,000.

Layari laman media sosial ERA di Instagram untuk dapatkan petunjukpe­tunjuk untuk peluang memenangi pertanding­an ini. Dengarkan isyarat ‘Lagu ERA Boomerang’ di ERA bermula 19 Mac sehingga 30 Mac.

Kempen ‘Tiru Gaya ERA’ pula akan menekankan keupayaan daya ingatan para pendengar dimana penyampai-penyampai radio ERA akan lakonsuara sesuatu watak, dan pendengar harus menjawab dalam masa yang ditetapkan untuk memenangi wang tunai berjumlah RM14,000. Bermula 30 April sehingga 11 Mei, dengarkan isyarat memanggil untuk ‘Tiru Gaya ERA’.

Untuk matlumat lanjut tentang kempen-kempen ERA, layari www.era.je atau ikuti laman media sosial ERA di Facebook, Instagram dan Twitter.

 ??  ??
 ??  ?? PENCARIAN BAKAT BAHARU: Dhan (tiga kanan) bersama dengan barisan artis yang turut serta dalam memeriahka­n pelancaran program pencarian bakat baharu ‘Cover Star ERA’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
PENCARIAN BAKAT BAHARU: Dhan (tiga kanan) bersama dengan barisan artis yang turut serta dalam memeriahka­n pelancaran program pencarian bakat baharu ‘Cover Star ERA’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 ??  ?? TURUT SERTA: Sufian Suhaimi turut serta memeriahka­n pelancaran program pencarian bakat baharu ‘Cover Star ERA’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
TURUT SERTA: Sufian Suhaimi turut serta memeriahka­n pelancaran program pencarian bakat baharu ‘Cover Star ERA’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 ??  ?? NABILA RAZALI
NABILA RAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia