Utusan Borneo (Sarawak)

BALB tiada kaitan PRU14

- Oleh Mastura Ismail

“Ada komen yang saya dengar daripada pihak tidak bertanggun­gjawab bahawa paip dibawa masuk ke kawasan Ukong hingga Medamit kerana pilihan raya tidak lama lagi. BALB yang dilaksanak­an di Medamit adalah perancanga­n kita sebelum PRN lepas. ”

Paulus Palu Gumbang

ADUN Batu Danau

LIMBANG: Kerja- kerja penyambung­an saluran paip Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dari simpang Ukong hingga ke Medamit bernilai RM11 juta yang sedang dilaksana tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, pelaksanaa­n projek itu sudah dirancang sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Beliau berkata, kerja-kerja penyambung­an paip dilaksanak­an selepas perbincang­an kos dimuktamad­kan dengan kontraktor.

“Ada komen yang saya dengar daripada pihak tidak bertanggun­gjawab bahawa paip dibawa masuk ke kawasan Ukong hingga Medamit kerana pilihan raya tidak lama lagi.

“BALB yang dilaksanak­an di Medamit adalah perancanga­n kita sebelum PRN lepas,” ujarnya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Medamit di sini, semalam.

Turut hadir ialah wakil Ahli Parlimen Limbang Mohd Nur Faris Hasri, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Pemanca Nicholas Buyok Pura dan Pemanca Willie Marum.

BALB merupakan projek di bawah kerajaan negeri dan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem telah meluluskan peruntukan BALB bernilai RM5 juta dari simpang Ukong hingga ke pekan Medamit.

Bagaimanap­un kata Paulus, selepas kajian semula dibuat, berlaku pertambaha­n kos bagi projek itu dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM11 juta kerana ia lebih menyeluruh meliputi kawasan dan simpang berhampira­n.

Paulus menambah, kerajaan juga mengenal pasti 10 jalan perhubunga­n desa di konstituen­si Batu Danau di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diserah kepada pihak Cahya Mata Sarawak (CMS) bagi kerja penyelengg­araan.

Bagaimanap­un katanya, masih terdapat sebahagian jalan itu yang belum diserah kepada CMS untuk kerja naik taraf.

“Musim hujan dan cuaca tidak menentu hujung tahun lepas menyebabka­n banyak jalan rosak dan perlu diperbaiki dan kita yakin penye- lenggaraan dapat dijalankan tidak lama lagi,” ujarnya.

Pada masa ini, CMS sedang menyelengg­ara Jalan Buang Ubur dan Tanah Merah Medamit.

Mengenai BR1M, Paulus berkata, ia merupakan usaha kerajaan untuk membantu meringanka­n beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Pada majlis itu, seramai 507 penerima membabitka­n wang tunai RM252,000 menerima baucar BR1M masing-masing.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Paulus (dua kanan) menyerahka­n baucar BR1M kepada seorang warga emas disaksikan Jamalie (tiga kanan) dan Faris (kanan) pada majlis tersebut.
UNTUK RAKYAT: Paulus (dua kanan) menyerahka­n baucar BR1M kepada seorang warga emas disaksikan Jamalie (tiga kanan) dan Faris (kanan) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia