Utusan Borneo (Sarawak)

PADAH SEBAR BERITA PALSU

Petani dicekup qara-qara sebar video pembunuhan di Amerika Selatan yang dikaitkan dengan kes bunuh di Sri Aman.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Gara-gara berkongsi video di Facebook mengenai satu kes pembunuhan di Amerika Selatan yang dikaitkan dengan kes bunuh di Sri Aman, seorang petani ditahan polis untuk membantu siasatan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di rumahnya di Rumah Jerugo, Kampung Sagu, Sebuyau sekitar jam 1 petang selepas laporan polis dibuat terhadapny­a.

Tambah Dev, suspek yang dipercayai pemilik akaun Facebook itu kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk siasatan lanjut.

“IPD Simunjan diketuai Inspektor Norliana Md Faizal menangkap pemilik akaun Facebook berkenaan dan merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakann­ya untuk menyiarkan berita palsu tersebut di Facebook.

“Suspek diiringi sehingga ke IPD Sri Aman untuk siasatan lanjut,” kata Dev dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dev memberitah­u, pihaknya dimaklumka­n mengenai video tersebut sekitar pagi semalam dan hasil siasatan mendapati video yang menunjukka­n seorang wanita ditikam dan kepalanya dipenggal itu berlaku di Amerika Selatan.

“Pengguna Facebook yang menyebarka­n video tersebut mendakwa ia berkaitan dengan kes bunuh di Sri Aman, yang mana kepala seorang wanita ditemui di tebing sungai di Skait, Sri Aman.

“Hasil siasatan mendapati video tersebut langsung tidak berkaitan dengan kes di Sri Aman,” jelas Dev.

Laporan berhubung video tersebut juga telah dibuat dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

“Pada masa sama, kita memberi amaran kepada netizen agar tidak menyebarka­n berita palsu yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek ditahan di rumah di Sebuyau untuk siasatan lanjut, semalam.
DICEKUP: Suspek ditahan di rumah di Sebuyau untuk siasatan lanjut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia