Utusan Borneo (Sarawak)

AHLI FARMASI DIDAKWA BUNUH ISTERI

-

KUCHING: Seorang ahli farmasi didakwa di Mahkamah Majistret Sri Aman petang semalam atas tuduhan membunuh isterinya yang merupakan seorang warganegar­a China.

Tertuduh, Wong Zing Haw, 41, dihadapkan di hadapan Majistret Ismawi Salleh yang menangguhk­an kes sehingga 23 April untuk sebutan lanjut.

Tiada pengakuan diambil daripada Wong kerana kes itu akan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraa­n.

Tertuduh akan ditahan reman lanjut di Penjara Sri Aman sementara menunggu kes itu diselesaik­an kerana kesalahan yang didakwa tidak boleh diikat jamin.

Wong didakwa menyebabka­n kematian isterinya, Yang Xi, 31, antara 25 Februari lalu sekitar jam 9.30 malam dan 3 Mac sekitar jam 4.30 petang di Lot 1,530, Blok 3, Daerah Tanah Bandar Simanggang.

Dia menghadapi hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Terdahulu, laporan dibuat bahawa satu kepala dijumpai di tebing Batang Lupar, Jalan Skait Lama di Sri Aman pada 3 Mac lepas oleh seorang penduduk kampung.

Selepas mayat dicam polis, tertuduh dipanggil ke balai dan ditahan serta-merta oleh polis selepas timbul keraguan dalam kenyataann­ya yang tidak konsisten mengenai kehilangan isterinya.

Wong mendakwa isterinya telah melarikan diri sehari sebelum itu dan dia tidak membuat laporan polis atas sebab tertentu.

Mangsa telah berkahwin dengan Wong sejak tahun 2011 dan menetap di Sri Aman serta mempunyai dua orang anak.

 ??  ?? KE MUKA PENGADILAN: Wong diiringi keluar dari bilik mahkamah oleh polis selepas sebutan kesnya, semalam.
KE MUKA PENGADILAN: Wong diiringi keluar dari bilik mahkamah oleh polis selepas sebutan kesnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia