Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan disedia untuk memberi latihan kepada pemimpin masyarakat agar rakyat dapat dimajukan dengan seimbang Bantuan kerajaan mencakupi pembanguna­n kemahiran

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Kerajaan membantu rakyat dalam pelbagai aspek dan tidak merangkumi pembanguna­n fizikal sahaja.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia turut mencakupi aspek pembanguna­n kemahiran tadbir urus yang cekap di peringkat akar umbi.

“Jika dalam pembanguna­n fizikal, kementeria­n membelanja­kan banyak peruntukan untuk membangunk­an prasarana luar bandar.

“Kementeria­n turut menyediaka­n peruntukan untuk memberi latihan kepada peminpin- pemimpin masyarakat desa dan memajukan rakyat dengan seimbang,” ujarnya pada Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa (STUD) INFRA-UniKL Zon Sarawak semalam.

Turut hadir Menteri Keba- jikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Yussibnosh Balo.

Alexander berkata, mela- lui program seperti itu, para peserta dapat menggunaka­n pengetahua­n dan kemahiran yang dipelajari untuk memudahkan cara bekerja dan memimpin masyarakat di kawasan masing- masing.

Selain itu, ia turut mem- bantu mereka menjalanka­n tugas dengan lancar dan berkesan terutamany­a untuk penduduk luar bandar.

Sementara itu katanya, sebagai ejen kerajaan, ketuaketua kaum mereka perlu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan.

“Kerjasama ini telah lama terjalin antara pemimpin masyarakat dan kerajaan, terutama sejak institusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diwujudkan pada 1962,” jelasnya.

Sejak itu katanya, kerajaan telah menerima peranan kepimpinan JKKK sebagai ejen kerajaan yang paling diiktiraf serta sangat penting di peringkat akar umbi.

Beliau turut menyeru semua pemimpin masyarakat agar menyokong dasar dan program yang dilaksanak­an kerajaan sebagai agenda untuk membantu rakyat.

“Jangan mudah terpengaru­h dengan pihak tertentu yang memburuk-burukkan kerajaan hari ini, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri,” tambahnya.

Seramai 274 peserta ter- diri daripada ketua- ketua masyarakat serta JKKK mengikuti latihan pensijilan selama tiga hari bermula 14 Mac dan berakhir semalam.

Ia terdiri daripada tiga kawasan parlimen iaitu Mukah, Igan dan Tanjung Manis serta merangkumi lima daerah iaitu Balingian, Mukah, Dalat, Daro, Matu dan Tanjung Manis.

Sejak dilancarka­n pada 2017, seramai 1,268 peserta telah dilatih melalui tiga siri kursus seumpamany­a di seluruh Sarawak.

“Kementeria­n turut menyediaka­n peruntukan untuk memberi latihan kepada peminpin-pemimpin masyarakat desa dan memajukan rakyat dengan seimbang. ”

Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ?? TERIMALAH: (Fatimah (tiga, kanan) ketika menyerahka­n sijil pemyertaan kepada salah seorang peserta STUD disaksikan Nanta (dua, kiri) dan yang lain.
TERIMALAH: (Fatimah (tiga, kanan) ketika menyerahka­n sijil pemyertaan kepada salah seorang peserta STUD disaksikan Nanta (dua, kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia