Utusan Borneo (Sarawak)

RECODA adakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Ke-9 di Bintulu

-

KUCHING: Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah ( RECODA) mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) Ke-9 di Bintulu, kelmarin.

Menurut kenyataann­ya semalam, mesyuarat yang dipengerus­ikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu julung kalinya diadakan di luar Kuching dan menyentuh pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-10 SCORE yang telah dilancarka­n di Bintulu pada 11 Februari 2008.

Pada mesyuarat itu, Abang Johari yang juga merupakan Pengerusi dan Lembaga Pengarah RECODA membincang­kan pelbagai isu dasar dan beberapa perkara berkaitan pentadbira­n.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot yang digantikan oleh Datu Ismawi Ismuni, bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sosio-Transforma­si Ekonomi).

Turut hadir ialah ahliahli lembaga iaitu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Agensi Pembanguna­n Tinggi (HDA) dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang merupakan Pengerusi Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA).

Ahli-ahli lembaga lain termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, wakil Setiausaha Kewangan Negeri Datu Junaidi Reduan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud dan Pengarah Unit Perancang Negeri Buckland Bangik.

Hadir sama wakil dari Unit Kerjasama Awam Swasta Datuk Dayang Sadiah Abang Bohan, wakil Kementeria­n Kewangan Mohd Saiful Sungkih Abdullah dan Ahmad Zamri Khairuddin, wakil dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Lembaga Pengarah RECODA turut melawat beberapa tempat di dalam kawasan perindustr­ian Samalaju, iaitu Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju dan kemudahan pembuatan OCIM Sdn Bhd dan OM Material (Sarawak) Sdn Bhd.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk, tengah) merakamkan kenangan selepas selesai Mesyuarat Lembaga Pengarah Ke-9 bersama ahli dan wakil Lembaga RECODA di Bintulu, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk, tengah) merakamkan kenangan selepas selesai Mesyuarat Lembaga Pengarah Ke-9 bersama ahli dan wakil Lembaga RECODA di Bintulu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia