Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat berperanan besar hadapi perubahan zaman: Fatimah

-

MUKAH: Ketua masyarakat memainkan peranan besar dalam menghadapi perubahan peredaran zaman.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tanggungja­wab dimainkan oleh ketua masyarakat kini turut berubah.

“Peranan semua ketua masyarakat kini lebih besar dan tidak dapat dinafikan kepentinga­nnya,” katanya pada Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa ( STUD) INFRA- UniKL Zon Sarawak semalam.

Turut berucap ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi dan hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Baling- ian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Yussibnosh Balo.

Menurutnya, mereka harus mengambil tahu semua yang berlaku dalam kawasan mereka dan mengambil tindakan susulan.

“Inilah kegunaanny­a untuk mempunyai profil kampung yang dituntut oleh kerajaan negeri, iaitu supaya kita tahu apa yang ada di kampung,” ujarnya.

Profil kampung tersebut katanya, bukan sahaja merangkumi infrastruk­tur atau kemudahan yang ada, namun turut menyimpan data dan profil anak buah mereka.

“Sebagai contoh, jika ada orang kelainan upaya (OKU), ketua masyarakat patut tahu sama ada mereka sudah menerima bantuan atau belum, ia juga perlu tindakan susulan,” jelasnya lagi.

Fatimah berkata, ketua masyarakat mempunyai kriteria yang diterima untuk pelantikan dan mereka semua telah layak.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak terbabit untuk menyediaka­n surat pelantikan segera kepada ketua masyarakat yang telah dilantik untuk memudahkan tugas-tugas rasmi mereka dimulakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia