Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Rubiah seru pengundi Kota Samarahan sokong penuh calon BN

-

KOTA SAMARAHAN: Penduduk terutama pengundi di kawasan Parlimen Kota Samarahan diseru memberi sokongan 100 peratus kepada calon Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang pada Majlis Penyerahan Sijil Peserta Projek Pembanguna­n Ladang Rakyat Kampung Naie di pekarangan Surau Kampung Naie Baru di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, dengan majoriti undi yang tinggi, ia memberi makna besar kepada wakil rakyat yang dipilih di sesebuah kawasan.

“Ia seperti markah peperiksaa­n, jika markah tinggi maka peluang untuk seseorang itu lebih cerah untuk berjaya.

“Begitu juga dengan jumlah majoriti yang diperolehi, jika jumlahnya tinggi maka sudah pasti apa yang disuarakan lebih kuat dan didengari pucuk tertinggi kepimpinan,” katanya.

Malah, Rubiah menjelaska­n, jumlah majoriti undi yang tinggi juga membuktika­n rakyat di kawasan itu sentiasa memberi sokongan padu kepada BN untuk membawa lebih banyak pembanguna­n secara bert- erusan kepada penduduk.

Meskipun Parlimen Kota Samarahan merupakan kubu kuat BN dan disifatkan kawasan ‘putih’, Rubiah tidak pernah mengambil sikap sambil lewa dalam memperjuan­gkan keperluan rakyat di kawasan tersebut.

“Saya masih tidak berpuas hati dengan pembanguna­n yang ada di kawasan ini kerana saya mahu melihat lebih banyak lagi projek pembanguna­n dapat dibawa ke kawasan ini.

“Ini terutamany­a kemudahan asas untuk rakyat agar penduduk di Parlimen Kota Samarahan dapat menikmati pembanguna­n secara menyeluruh.

“Masih terdapat isu- isu yang perlu ditangani, walaupun ia isu kecil tetapi amat besar bagi saya dan mesti diselesaik­an dengan segera,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an penduduk agar tidak termakan janji manis individu tertentu yang hanya muncul ketika musim pilihan raya.

“Mereka ini hanya memecahbel­ahkan kita dan saya berharap penduduk di kawasan ini dapat berfikir secara positif agar segala usaha yang telah dan sedang dilaksanak­an dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia