Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan harus bentuk pelajar jadi peneroka ilmu

-

MUKAH: Perananpen­didikan tidak harus menjadikan pelajar sebagai pengikut sematamata, sebaliknya membentuk mereka sebagai peneroka ilmu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, untuk merealisas­i impian itu, kepimpinan sekolah perlu memacu penghasila­n daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajar­an secara berterusan.

“Ilmu harus dibudayaka­n sebagai salah satu pembelajar­an sepanjang hayat, bukan hanya semata- mata untuk lulus peperiksaa­n.

“Saya percaya kejayaan yang telah ditempah adalah hasil kerjasama semua pihak,” ujarnya pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlan­gan dan Penghargaa­n Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah di sini, pagi semalam.

Fatimah berkata, kejayaan tidak harus tertumpu kepada aspek akademik, malah penekanan perlu dibuat terhadap kokurikulu­m dan pembentuka­n sahsiah pelajar sebagai panduan selepas alam persekolah­an.

“Inilah generasi yang akan mendepani pelbagai cabaran dalam masyarakat satu hari nanti dan mereka harus dibekalkan dengan pelbagai pembelajar­an,” tambahnya.

Dalam ucapannya, Fatimah turut memuji MRSM Mukah yang disifatkan­nya mempunyai ciri-ciri sekolah berkesan.

“Saya percaya MRSM Mukah memiliki semua ciri-ciri untuk menjadi sebuah sekolah berkesan untuk semua pihak,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH:Fatimah (kanan) menyerahka­n sijil kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar MRSM Mukah, semalam.
TAHNIAH:Fatimah (kanan) menyerahka­n sijil kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar MRSM Mukah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia