Utusan Borneo (Sarawak)

Jamilah saran belia Lundu rebut peluang pada jerayawara Pro-DR

-

KUCHING: Belia di kawasan Lundu khususnya lepasan sekolah disaran merebut peluang dalam penganjura­n ‘Project of Dream Realized (Pro-DR) Roadshow’ anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, Pro-DR merupakan jerayawara pendidikan terbesar di Sarawak yang memberi maklumat mengenai pendidikan, latihan dan mekanisme pembiayaan kepada belia di kawasan luar bandar.

“Adalah amat penting bagi belia terutama pelajar lepasan sekolah memilih kursus yang betul kerana jika tidak, mereka mungkin gagal menamatkan pengajian atau mungkin menghadapi penganggur­an apabila tamat pengajian nanti.

“Oleh itu, saya berpendapa­t Pro-DR ini amat bagus kerana dapat membantu belia membuat keputusan yang tepat dalam memilih kursus atau bidang pendidikan yang sesuai dengan mereka.

“Saya nasihatkan mereka supaya gunakan peluang ini sebaik mungkin dengan bertanya kepada agensi dan insti- tusi pendidikan yang terlibat dalam jerayawara Pro-DR demi kebaikan mereka pada masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pro-DR Roadshow Siri Keempat di Dewan Masyarakat Lundu di sini, semalam.

Sebanyak 45 institusi pendidikan dan latihan serta agensi terlibat dalam jerayawara itu sejak dimulakan pada tahun 2015.

Jamilah berkata, belia hari ini perlu menyesuaik­an kerjaya mereka dengan perubahan semasa yang dibawa oleh ekonomi digital.

Sekarang katanya, kursus teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) belum cukup memadai, justeru belia perlu mempelbaga­ikan lagi kemahiran mereka agar dapat berdaya saing dengan masyarakat luar.

“Jadi, saya harap dengan adanya pengajuran seperti jerayawara Pro-DR ini akan dapat membantu para belia mendapatka­n kursus dan bidang yang mereka minati, selain menambah kemahiran yang ada agar sesuai dengan pasaran semasa,” katanya.

 ??  ?? DEMI KERJAYA: Jamilah berucap semasa majlis pelancaran Pro-DR Roadshow Siri Keempat di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.
DEMI KERJAYA: Jamilah berucap semasa majlis pelancaran Pro-DR Roadshow Siri Keempat di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia