Utusan Borneo (Sarawak)

Terbang ke Pontianak dari Miri menggunaka­n Wings Air

-

MIRI: Syarikat Wings Air menawarkan penerbanga­n sekali sehari ke Pontianak Kalimantan Barat dari bandar raya Miri menggunaka­n pesawat ATR bertolak pada jam 6.50 petang.

Penerbanga­n sulung dari Pontianak selamat tiba di Miri pada jam 6.20 petang kelmarin.

Rombongan 51 orang terdiri daripada media dan agensi pelanconga­n disambut Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Duta Besar Republik Indonesia Rusdi Kirana.

Konsul Jeneral Republik Indonesia Jahar Gultom memberitah­u, laluan PontianakM­iri adalah laluan antarabang­sa kedua untuk Wings Air di Sarawak selepas laluan pertama Pontianak-Kuching dibuka pada Januari lalu.

“Dengan laluan ini, penduduk Miri boleh terbang terus ke bandar raya Pontianak dihubungka­n oleh Wings Air dan Lion Air yang beroperasi bawah kumpulan syarikat Lion Air Indonesia yang memberi perkhidmat­an penerbanga­n kepada banyak bandar raya di Indonesia sep- erti Bandung, Yogyajarta dan lain-lain,” ujarnya.

Untuk maklumat, Lion Air Indonesia memegang 50 peratus saham Malindo Air yang beroperasi seluruh Malaysia dan Thailand.

Beliau memberitah­u, perkhidmat­an itu memberi pilihan baharu kepada penduduk Miri yang sebelum ini perlu melalui perjalanan darat lebih 12 jam ke Kuching atau terbang singgah ke Kuching sebelum ke Pontianak.

Pesawat ATR yang boleh memuatkan seramai 72 penumpang, terbang ke Pon- tianak dari Miri selama 1 jam 50 minit.

“Dengan pembukaan laluan baharu ini, saya percaya ia akan membawa banyak impak terhadap aktiviti perniagaan, lawatan pelancong dan aktiviti ekonomi lain antara Miri dan Indonesia,” jelasnya,

Beliau yakin penerbanga­n akan memberi banyak manfaat dan keselesaan kepada pekerja Indonesia dalam sektor perladanga­n, papan lapis dan pembinaan di Miri, Bintulu dan Brunei Darussalam berasa lebih dekat dengan tempat kerja.

Terdahulu, Lee yang juga ADUN Senadin berkata, perkhidmat­an penerbanga­n itu penting untuk industri pelanconga­n Miri selain memperkuku­hkan hubungan Sarawak dan Indonesia.

“Ketibaan penerbanga­n terus ini adalah tepat pada masanya kerana diperkenal­kan ketika kempen Tahun Melawat Miri 2018, iaitu inisiatif untuk menjana ekonomi Miri khasnya dan Malaysia amnya,” jelasnya.

Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak Mary Wan Mering.

 ??  ?? PILIHAN TERBAHARU: Jahar (tiga kiri), Lee (tengah), Rusdi (dua kanan) bergambar dengan juruterban­g dan anak kapal Wings Air yang selamat tiba dari Pontianak di Lapangan Terbang Miri petang kelmarin.
PILIHAN TERBAHARU: Jahar (tiga kiri), Lee (tengah), Rusdi (dua kanan) bergambar dengan juruterban­g dan anak kapal Wings Air yang selamat tiba dari Pontianak di Lapangan Terbang Miri petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia