Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar tercicir antara ditahan, polis rampas 14 telefon bimbit, tiga komputer serta senarai rekod dan pelbagai alat WiFi

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang pelajar tercicir berusia 16 tahun antara enam individu termasuk tiga wanita yang ditahan polis dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Stampin sekitar jam 3 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Datuk Dev Kumar berkata, semua suspek ditahan kerana disyaki menjadi ejen tempatan yang bekerja untuk sindiket perjudian dalam talian dari Semenanjun­g Malaysia.

Tambahnya, kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 37 tahun.

“Seorang daripada mereka yang ditangkap adalah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat yang tercicir dari sekolah,” katanya dalam satu

Seorang daripada mereka yang ditangkap adalah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat yang tercicir dari sekolah.

kenyataan di sini semalam. Menurutnya, polis turut merampas 14 unit telefon bimbit, tiga komputer serta senarai rekod dan pelbagai alat WiFi untuk dijadikan bahan bukti.

Beliau menambah, serbuan itu membongkar urusan perjudian dalam talian kedua di Kuching.

“Pada 16 September tahun lepas, JSJ Negeri membongkar pusat urusan perjudian atas talian pertama di Satok, Kuching.

“Tujuh ejen, berusia 17 hingga 30 tahun ditangkap dan lapan komputer serta 18 telefon bimbit dirampas,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 4 (1) Akta Pertaruhan 1953.

Dalam kenyataan yang sama, beliau memberitah­u pengusaha aktiviti perjudian dalam talian menggunaka­n taktik baharu dengan menjalanka­n operasi di sebalik kedai mudah beli 24 jam.

“Selepas menerima tekanan daripada polis, pengusaha perjudian siber kini beroperasi secara sulit dan mengubah cara mereka menjalanka­n urusan untuk mengelak pihak berkuasa.

“Selain menyediaka­n khidmat isi semula kepada kaki judi, terdapat juga pengusaha yang lebih berpengala­man menjalanka­n operasi di belakang tabir dengan menyediaka­n khidmat dalam talian kepada kaki judi di pasaran wang tunai,” jelasnya.

Dev memberitah­u adalah matlamat polis di negeri ini untuk membasmi gejala perjudian atas talian di Sarawak.

“Ini merupakan satu tugasan yang amat mencabar tetapi kami bersedia untuk menyahut cabaran itu,” tegasnya.

Datuk Dev Kumar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri

 ??  ?? TUMPAS: Keadaan premis yang diserbu oleh pihak polis.
TUMPAS: Keadaan premis yang diserbu oleh pihak polis.
 ??  ?? CARI: Operasi SAR dijalankan oleh anggota penyelamat serta penduduk kampung.
CARI: Operasi SAR dijalankan oleh anggota penyelamat serta penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia