Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan pendidikan kini berubah kepada melahirkan modal insan berilmu, berakhlak

- Oleh Frankie Junau

BETONG: Sistem pendidikan hari ini harus dinamik dan progresif serta sedia untuk melalui proses perubahan seiring peredaran zaman.

Justeru, peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisiona­l iaitu memberi didikan kepada menyediaka­n tenaga kerja mahir selain pewaris kepimpinan negara menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, lantaran itu Kementeria­n Pendidikan telah memperkena­lkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang berfungsi sebagai kayu pengukur kompetensi pelajar.

“Dengan kata lain, kita perlu melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisas­ikan aspirasi negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Kualiti dan Sarana Ibu Bapa Kolej Vokasional Betong di Dewan Sri Kenanga kolej itu semalam.

Sehubungan itu katanya, pelbagai usaha harus dilakukan untuk menjadikan pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut yang amat penting bagi mempersiap­kan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.

Dengan kata lain, kita perlu melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisas­ikan aspirasi negara. Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

“Selama ini kita beranggapa­n penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anakanak di sekolah berlaku secara semula jadi.

“Dengan perubahan zaman serta cabaran semasa memerlukan usaha bersepadu yang akhirnya menyumbang kepada kejayaan pelajar.

“Sebagai ibu bapa, kita harus melakukan refleksi kendiri dan tidak menyerahka­n tanggungja­wab kepada guru-guru dalam mendidik anak-anak,” jelasnya.

Katanya, hasrat ibu bapa untuk menghantar anak-anak melanjutka­n pelajaran dalam aliran vokasional merupakan hasrat murni dalam membantu kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir menjelang 2020.

“Usaha itu tidak sia- sia kerana maklumat terkini menyebut sebanyak 79 peratus penuntut kohort pertama Kolej Vokasional mendapat tempat dalam industri atau pekerjaan.

“Malah, 56 peratus daripada mereka telah mendapat tawaran kerja semasa masih menjalani Latihan Industri atau ‘On Job Training’ (OJT) lagi,” katanya.

Tambah Dr Rayong, ini membuktika­n melanjutka­n pelajaran dalam aliran vokasional merupakan satu usaha yang baik untuk memastikan pelajar mendapat pekerjaan sesuai dengan kemahiran dimiliki serta minat setelah tamat pengajian kelak.

Sementara itu, pengarah kolej Lim Ah Juan berkata, program kali ini untuk mengiktira­f pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang yang diceburi mereka selama menimba ilmu di kolej itu.

“Ia juga sebagai pencetus semangat bukan sahaja kepada para penerima anugerah pagi ini (semalam), malah warga Kolej Vokasional Betong secara keseluruha­nnya,” katanya sambil menambah, ia juga bertujuan menyedarka­n masyarakat bahawa diploma yang ditawarkan kolej vokasional bukan kelas dua, malah setanding diploma daripada universiti dan kolej di negara ini.

Pada majlis sama, Dr Rayong yang berkesempa­tan menyampaik­an anugerah serta melawat perpustaka­an berwajah baharu turut mengumumka­n pemberian geran MRP bernilai RM10,000 sebagai dana untuk pihak kolej menjalanka­n aktiviti mereka.

Hadir sama wakil Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementeria­n Pendidikan Malaysia Dayang Normala Abang Dalhan, wakil Residen Betong Tang Sok Neo, Pegawai Daerah Sofie Jebal dan Naib Yang Dipertua Norila Gani.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong menurunkan tandatanga­n sebagai simbolik perasmian Majlis Hari Kualiti dan Sarana Ibu Bapa Kolej Vokasional Betong sambil diperhatik­an Lim (kanan), Sofie (dua kiri) serta yang lain semalam.
SIMBOLIK: Dr Rayong menurunkan tandatanga­n sebagai simbolik perasmian Majlis Hari Kualiti dan Sarana Ibu Bapa Kolej Vokasional Betong sambil diperhatik­an Lim (kanan), Sofie (dua kiri) serta yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia