Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Laila Taib adakan Hari Terbuka 14 April

-

SIBU: Kolej Laila Taib ( KLT) akan mengadakan Hari Terbuka pada Sabtu, 14 April depan di kampusnya di Jalan Teng Chin Hua di sini.

Program sehari itu terbuka kepada orang ramai terutamany­a pelajar lepasan SPM dan STPM bagi mengetahui lebih lanjut mengenai KLT dan bidang pengajian ditawarkan.

Penyelaras Program Diploma Seni Bina Allen Lipan berkata, pada program tersebut pelajar diberi khidmat nasihat mengenai kursus ditawarkan dan mereka yang berminat boleh terus melakukan pendaftara­n untuk semester baharu.

“Semester baharu bermula pada 9 April dan pendaftara­n adalah berdasarka­n ‘ siapa cepat dia dapat’. Tarikh akhir pendaftara­n pada 30 April ini.

“Oleh itu, pelajar dikehendak­i membawa gambar berukuran pasport serta salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil keputusan akademik disahkan (SPM/ STPM/UEC dan lain-lain),” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Allen berkata, KLT kini menawarkan enam program diploma iaitu Seni Bina, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejurutera­an Awam, Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik dan Ukur Bahan.

Beliau memberitah­u pelajar mendapat sekurang-kurangnya lima kredit dalam SPM atau UEC layak memohon program ini.

“Pengecuali­an yuran sebanyak 50 peratus ditawarkan kepada pelajar dari Sabah dan Semenanjun­g Malaysia yang memperoleh­i minimum lima kredit peperiksaa­n SPM atau UEC,” katanya.

Manakala bagi pelajar anak jati Sarawak mendapat minimum lima kredit peperiksaa­n SPM/UEC akan diberikan Biasiswa Laila Taib.

“Pelajar dengan biasiswa Laila Taib tidak perlu membayar sebarang yuran program Diploma. Ini memastikan pelajar mendapat sekurang- kurangnya kelulusan diploma mereka tanpa sebarang beban kewangan,” jelasnya.

Allen juga berkata, terdapat lawatan pendidikan, ceramah dan seminar untuk pelajar-pelajar setiap tahun sebagai sebahagian daripada program-program di KLT.

Beliau menambah pemeriksa luar melawat KLT setiap tahun untuk memastikan silibus kolej itu berada di landasan betul.

“Di bawah Sistem Penilaian Kualiti Malaysia (MyQuest) Kolej Swasta 2016/2017 dijalankan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi, KLT dianugerah­kan penarafan lima bintang.

“KLT juga mencapai penarafan lima bintang kategori berasaskan kluster iaitu Sains Sosial, Perniagaan dan Undang-Undang dan penarafan enam bintang Kejurutera­an Pembuatan dan Pembinaan,” katanya.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Gambar menunjukka­n Jawatankua­sa Biro Pendidikan SUPP Sibu (dari kanan) Ketua Pemuda SUPP Cawangan Nangka Aaron Pang, Ketua Pemuda SUPP Dudong, Benjamin Tian, Ketua Biro Pendidikan Pemuda SUPP Wilayah Tengah yang juga Ketua Pemuda SUPP...
SERTAI KAMI: Gambar menunjukka­n Jawatankua­sa Biro Pendidikan SUPP Sibu (dari kanan) Ketua Pemuda SUPP Cawangan Nangka Aaron Pang, Ketua Pemuda SUPP Dudong, Benjamin Tian, Ketua Biro Pendidikan Pemuda SUPP Wilayah Tengah yang juga Ketua Pemuda SUPP...
 ??  ?? SERTAI KAMI: Allen (duduk tengah) serta yang lain pada sidang media di Sibu, baru-baru ini.
SERTAI KAMI: Allen (duduk tengah) serta yang lain pada sidang media di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia