Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian kanak-kanak di Miri kerana tiada pelalian difteria

-

MIRI: Akibat tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir, seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit tersebut di sini pada Rabu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

“Siasatan awal mendapati keluarga kanak-kanak terba- bit enggan mendapatka­n pelalian berkenaan atas dasar kepercayaa­n agama.

“Kanak- kanak tersebut mengalami gejala demam, batuk, selesema dan kesukaran bernafas selama tujuh hari sebelumnya,” katanya.

Noor Hisham berkata pemberian pelalian difteria yang lengkap pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan mampu mencegah penyakit berkenaan.

“Sekiranya kanak-kanak tidak diberikan pelalian difteria ini, mereka boleh dijangkiti bakteria Corynebact­erium diphteria yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkit­i tekak iaitu tonsil dan farink.

“Bakteria ini akan menghasilk­an toksin yang menyebabka­n keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabka­n kanak-kanak ini sukar bernafas,” katanya.

Jelas beliau lagi, toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhka­n saraf dan menyebabka­n keradangan jantung.

“Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi. Sepanjang 2017, 32 kes positif difteria telah dilaporkan di seluruh Malaysia dengan tujuh kematian iaitu 22 peratus.

“Majoriti 75 peratus daripada kes dan kematian ini adalah daripada komuniti yang menolak pelalian,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa pelalian difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan itu dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi.

“Justeru, ibu bapa dan masyarakat diseru untuk memastikan anak-anak di bawah usia tujuh tahun diberi- kan imunisasi yang lengkap.

“Sekiranya terlepas tarikh atau belum mendapat pelalian yang lengkap, segeralah ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatka­n pelalian,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai tanda dan gejala seperti demam, sakit tekak, kesukaran menelan atau bengkak leher diingatkan agar segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatka­n rawatan.

 ??  ?? NOOR HISHAM
NOOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia