Utusan Borneo (Sarawak)

Ia membolehka­n tempoh pinjaman lebih lama dengan bayaran ansuran lebih rendah, kata Dr Annuar

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Masyarakat di negeri ini khasnya mereka yang ingin membeli rumah dinasihatk­an berbuat demikian pada usia muda.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, ini akan membolehka­n tempoh pinjaman lebih lama selain bayaran ansuran yang lebih rendah.

“Secara peribadiny­a saya menasihatk­an agar ramai di kalangan masyarakat kita merancang mendapatka­n rumah seawal mungkin.

“Awal bermakna pada usia yang lebih muda supaya jangka masa pinjaman lebih lama dan bayaran ansuran juga kurang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Hartanah dan Kediaman 2018 anjuran Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching yang dihadiri Pengerusin­ya Chris- topher Ngui dan Penasihat SHEDA Cawangan Kuching Sim Kian Chiok di pusat beli-belah Boulevard di sini, semalam.

Dr Annuar memberi contoh, mereka yang mempunyai gaji sekitar RM2,500 sebulan mungkin melayakkan mereka membeli rumah bernilai RM250,000 hingga RM260,000.

Katanya, pembeli berkenaan perlu membayar anggaran ansuran bulanan sekurangku­rangnya RM1,200 sebulan bagi tempoh 25 tahun ke atas.

“Bagaimanap­un, jika mereka membeli rumah pada usia yang awal atau muda, kita percaya harga bayaran bulanan boleh dikurangka­n sekitar RM700 hingga RM800 sebulan,” jelasnya.

Beliau berkata, harga rumah tidak dinafikan sentiasa akan mengalami peningkata­n atas pelbagai faktor.

Katanya, beliau dimaklumka­n oleh pemaju bahawa mereka perlu menanggung kos buruh, bahan- bahan binaan selain tanah yang berdekatan dengan bandar kini agak tinggi harganya.

“Namun, kerajaan dan pihak bank pada masa yang sama memainkan peranan bagi mengurangk­an harga rumah supaya ia menjadi harga mampu milik,” tegasnya.

 ??  ?? TERTARIK: Dr Annuar (dua kiri) mendengar penerangan daripada pemaju yang menyertai pameran sempena Jerayawara Hartanah dan Kediaman 2018 anjuran SHEDA Cawangan Kuching, semalam. Turut kelihatan Sim (dua kanan) serta Ngui (kiri).
TERTARIK: Dr Annuar (dua kiri) mendengar penerangan daripada pemaju yang menyertai pameran sempena Jerayawara Hartanah dan Kediaman 2018 anjuran SHEDA Cawangan Kuching, semalam. Turut kelihatan Sim (dua kanan) serta Ngui (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia