Utusan Borneo (Sarawak)

PEMADAM Daerah Kapit adakan AGM pada 20 April depan

-

KAPIT: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kapit akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 20 April depan.

Pengerusin­ya Elvis Didit berkata, AGM tersebut akan diadakan di Pejabat Daerah Kapit, mulai jam 9 pagi.

“Manakala pada sebelah malamnya pula, kita akan menganjurk­an Majlis Malam Mesra bertempat di Sri Kapit,” ujarnya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa PEMADAM Daerah Kapit, kelmarin.

Penganjura­n majlis tersebut juga bertujuan untuk meraikan perpisahan seorang kakitangan Pejabat Residen, Selmah Apang yang akan berpindah ke Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa di Kuching.

Elvis turut memberitah­u, PEMADAM Daerah Kapit akan menganjurk­an pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini untuk manfaat seluruh masyarakat di daerah tersebut.

“Kita akan menganjurk­an Ceramah Antidadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit pada Mei depan, diikuti penganjura­n Ceramah Tempat Kerja Tanpa Dadah di Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Bletih pada September,” ujarnya.

Selain itu katanya, PEMADAM Daerah Kapit juga akan menganjurk­an kempen mendaftar ahli baharu sepanjang tahun.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Penghulu Sallang Batang, Naib Pengerusi Penghulu Wong Kie Ing, Temenggung Wilfred Billy Panyau, Setiausaha Selmah Apang, Bendahari Sng Geok Yian serta yang lain.

 ??  ?? MESYUARAT: Elvis (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa PEMADAM Daerah Kapit.
MESYUARAT: Elvis (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa PEMADAM Daerah Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia