Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Durin kembali meriah 22-25 Mac

Pesta Rakyat Durin 2018 bakal berlangsun­g dengan pelbagai pengisian dirancang

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pesta Durin yang dianjurkan tiga tahun sekali kembali lagi di bazar Durin dan akan berlangsun­g selama empat hari dari 22 hingga 25 Mac ini.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai ketika mengumumka­n perkara itu berkata, nama pesta tersebut bagaimanap­un ditukar kepada Pesta Rakyat Durin 2018.

“Sebelum ini, pesta tersebut dikenali sebagai Pesta Pasir Rakyat Durin. Namun selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk jawatankua­sa kerja Durin, nama pesta itu ditukar kepada Pesta Rakyat Durin 2018,” katanya kelmarin.

Menurut Sempurai, tujuan menghidupk­an kembali acara tersebut adalah atas saranan pengerusi penganjur Kr Teo Boon Siew.

Teo katanya, mencadan- gkan supaya penganjura­n pesta tersebut dianjurkan semula bagi mengumpul serta merapatkan silaturahi­m komuniti di kawasan Durin tanpa mengira latar belakang dan usia.

“Justeru, kami berharap penduduk di sekitar kawasan Durin seperti Durin,Julau, Pakan, Bintangor dan Sarikei datang beramai-ramai bagi memeriahka­n lagi suasana pesta,” ujarnya.

Sempurai berkata, ter- dapat 13 acara akan diadakan termasuk pertanding­an sepak takraw, karaoke lagu Iban (veteran dan terbuka), menyumpit, dart, ngajat, kanak-kanak comel, pocopoco dan tarik tali serta regata mini.

Turut diselitkan dalam senarai atur cara ialah cabutan tiket bertuah dan pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Mengenai ‘ Ratu Durin’, Sempurai memberitah­u para peserta yang mengambil ba- hagian dikehendak­i memakai pakaian jenis kebaya.

Katanya, majlis pembukaan pesta pada 23 Mac dijangka disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian pada jam 7.30 malam.

Dijangka turut hadir ialah Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapa’ee.

Menurut Sempurai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King dijadualka­n merasmikan regata mini pada 25 Mac, jam 9.30 pagi.

Manakala majlis penutupan Pesta Rakyat Durin 2018 dijangka disempurna­kan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pada 25 Mac, jam 7.30 malam.

Sebelum ini, pesta tersebut dikenali sebagai Pesta Pasir Rakyat Durin. Namun selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk jawatankua­sa kerja Durin, nama pesta itu ditukar kepada Pesta Rakyat Durin 2018. Sempurai Petrus Ngelai Pengerusi MDLBS

Bercakap lanjut, Sempurai memberitah­u selain Pesta Rakyat Durin 2018, pada tahun ini MDLBS turut bercadang untuk menganjurk­an Pesta Selangau.

 ??  ?? JOM MERIAHKAN: Sempurai (kanan) dan Teo (dua kanan) bersama yang lain selepas mengadakan sidang media kelmarin.
JOM MERIAHKAN: Sempurai (kanan) dan Teo (dua kanan) bersama yang lain selepas mengadakan sidang media kelmarin.
 ??  ?? TERAJU BAHARU: Siti Hadiah (duduk dua kiri) bersama Dayang Norjanah (duduk kiri), Dayang Mordiah (kanan) serta ahli jawatankua­sa Biro Wanita PPWE Bintulu 2018 yang dilantik kelmarin.
TERAJU BAHARU: Siti Hadiah (duduk dua kiri) bersama Dayang Norjanah (duduk kiri), Dayang Mordiah (kanan) serta ahli jawatankua­sa Biro Wanita PPWE Bintulu 2018 yang dilantik kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia