Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jualan Sentuhan Rakyat di Kompleks Sukan Asajaya

-

KUCHING: Kerajaan menerusi inisiatif meringanka­n beban rakyat, Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya hari ini.

Program itu bertujuan membantu rakyat terutama golongan sasar mendapatka­n barang keperluan harian dengan harga yang rendah dan berpatutan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, program itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di Kompleks Sukan Asajaya.

“Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk meringanka­n beban rakyat pada masa ini yang terkesan dengan peningkata­n kos sara hidup.

“Jadi marilah beramai-ramai ke Kompleks Sukan Asajaya pada Sabtu ini untuk menyertai program yang kita anjurkan khusus untuk rakyat di sekitar bahagian Samarahan termasuk penduduk berdekatan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini kelmarin.

Selain jualan istimewa, Rubiah berkata pelbagai aktiviti sampingan yang menarik turut dianjurkan pada program itu.

“Sambil kita membeli- belah, terdapat juga aktiviti lain untuk kita beriadah bersama pada hujung minggu ini,” tambahnya.

Selain Rubiah, program itu dijangka dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.

“Juh ke Asajaya Sabtu ini, jumpa anda semua di sana nanti,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia