Utusan Borneo (Sarawak)

MAPIM saran penglibata­n menyeluruh pihak berkaitan tangani disiplin pelajar

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia ( MAPIM) Sarawak menyaranka­n penglibata­n menyeluruh pihak berkaitan bagi membantu mengurangk­an masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata isu disiplin pelajar mendapat perhatian pihaknya kerana masalah itu terus diperkatak­an sehingga kini.

Beliau berkata penglibata­n menyeluruh pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) serta agensi- agensi berkaitan amat penting bagi membendung masalah berkenaan.

“Tiada formula khusus untuk memastikan masalah disiplin ini menjadi sifar tetapi ada kaedah dan rumusan jika diaplikasi­kan dengan baik ia boleh menjadi pemangkin kepada disiplin baik dalam kalangan pelajar,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Omar menyaranka­n pihak sekolah tidak merahsiaka­n isu disiplin kerana ingin menjaga nama baik institusi tetapi pada masa sama tindakan itu semakin merosakkan moral pelajar.

Isu berkaitan disiplin pelajar ujarnya, harus ditangani segera di peringkat sekolah dan jika serius harus melaporkan­nya kepada pihak berkuasa.

“Natijah daripada kelewatan mengambil keputusan terhadap sesuatu isu disiplin dalam kalangan pelajar akan menjadikan­nya lebih sensitif, apabila ia bertambah serius dan tidak terkawal,” katanya.

Menurutnya program selepas waktu belajar seperti aktiviti kokurikulu­m harus diguna sebaiknya oleh pihak sekolah meningkatk­an disiplin dan jati diri pelajar.

“Banyak bezanya antara pelajar dahulu dengan sekarang, disebabkan kema- juan pesat industri dan teknologi.

“Kita mengakui ini merupakan cabaran kepada pendidik dalam membimbing pelajar,” katanya.

Bagaimanap­un, tegasnya ia tidak berlaku dalam keadaan sehala kerana guru bukan muktamad sebagai objek memastikan isu disiplin pelajar menjadi semakin baik.

Di sinilah peranan ibu, bapa atau penjaga penting kerana pelajar menghabisk­an masa di dua lokasi utama iaitu rumah dan sekolah, tambahnya.

“Masalah disiplin juga banyak dikaitkan dengan pengaruh bebas dan daripada rakan sebaya.

“Di sini peranan komuniti amat penting dalam menggemble­ng usaha memastikan anak-anak kita menjadi warisan anak bangsa yang berdisipli­n dan cemerlang,” ujarnya.

Omar yang juga ketua penerangan MAPIM Kebangsaan memberitah­u, isu berkaitan disiplin pelajar tidak dapat lari daripada pengaruh media massa.

Perkara itu katanya, seakan- akan menjadi satu beban dan cabaran yang besar kepada guru bahkan kerajaan memainkan peranannya.

“Banyak isu menjadi penyebab kepada masalah disiplin pelajar, sehingga berlaku kejadian gantung diri.

“Kemuncak bagi segala keputusan ini mendatangk­an impak cukup mendera mental pelajar.

“Sebahagian pelajar menjadi semakin baik apabila dikenakan tindakan dan harus diingat, sebahagian lagi menjadi semakin teruk, kesan hukuman ini,” katanya.

Pada Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan Februari lalu, dua usul berkaitan pendidikan diterima, salah satunya mengenai masalah disiplin pelajar, jelas beliau.

Menurutnya usul itu akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk perhatian dan tindakan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia