Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus kepada usaha dapatkan autonomi, jangan terpengaru­h janji baharu PH

-

KUCHING: Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan mengingatk­an rakyat Sarawak untuk memfokus kepada usaha mendapatka­n autonomi menerusi penurunan kuasa dan bukan terpengaru­h dengan janji-janji baharu yang tersenarai dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata penurunan kuasa sebenar itu penting untuk membolehka­n rakyat Sarawak menentukan nasib sendiri.

Kho berkata rakyat Sarawak mahukan janji-janji sebenar bukan hanya janji-janji baharu seperti dilaungkan PH.

“Janganlah perhatian kita terganggu dengan manifesto Pakatan Harapan kali ini.

“Bagi Pakatan Harapan, ia mungkin hanya mengenai pendidikan atau kesihatan, atau menjadi popular untuk pilihan raya tetapi untuk rakyat Sarawak, ia adalah penurunan kuasa sepenuhnya dan ini adalah janji-janji sebenar untuk Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, PH tidak mempunyai keupayaan dan visi berjuang untuk Sarawak.

“Berdasarka­n manifesto mereka, PH hanya mahukan 20 peratus royalti minyak dan gas untuk Sarawak tetapi rakyat (Sarawak) yang lain berjuang mendapatka­n penurunan kuasa sepenuhnya untuk minyak dan gas,” tegasnya.

Tambah Kho, penurunan kuasa mula berlaku atas usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Katanya Abang Johari telah memperoleh kuasa penuh untuk Sarawak mengawal selia aspek huluan serta hiliran industri minyak dan gas di negeri ini.

“Buktinya ialah penubuhan PETROS dan DBOS (Bank Pembanguna­n Sarawak), menunjukka­n rakyat Sarawak mempunyai kebijaksan­aan, kebolehan dan keinginan mengambil semula hak kita.

“Hak kita adalah hak kita dan kita tidak boleh bergantung kepada yang berpusat di Semenanjun­g Malaysia ber- juang untuk kita,” tegasnya.

Justeru Kho menyeru rakyat Sarawak terus bersama, berdiri teguh di belakang kepimpinan semasa dan berjuang mendapatka­n autonomi sepenuhnya untuk Sarawak.

 ??  ?? KHO
KHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia