Utusan Borneo (Sarawak)

Alice dijemput bentang kertas kerja, jadi panel di London

-

KUCHING: Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan telah dijemput membentang­kan kertas kerja dan dipilih menjadi anggota panel ‘ Internatio­nal Industry Leaders Panel Session’ pada Sidang Kemuncak Kebocoran Air Global Kesembilan 2018.

Menurut kenyataan medianya semalam, sidang kemuncak itu diadakan dari 13 hingga 14 Mac lalu di London, United Kingdom.

Ia menyediaka­n platform antarabang­sa yang unik untuk penggamal kebocoran dan semua mereka yang terlibat dalam usaha menyampaik­an kecekapan yang lebih baik dalam utiliti air masing- masing.

Pada persidanga­n itu, Alice berkongsi pengalaman­nya mengenai pengurusan permintaan air di kawasan yang memerlukan di Sarawak serta menggarisk­an cabaran dalam memenuhi tuntutan pelanggan dan pendekatan holistik dalam merancang pelan induk grid air di negeri ini.

Beliau turut membincang­kan usaha kementeria­n mendigital­isasi bekalan air negeri selari dengan kepu- tusan kerajaan negeri melaksanak­an teknologi digital.

Turut menyertai beliau sebagai perwakilan pada sidang kemuncak itu ialah pegawai utama daripada semua agensi air di negeri ini.

Pendedahan, perkongsia­n maklumat berkualiti dan pembelajar­an pada sidang kemuncak akan sentiasa melengkapk­an perwakilan Sarawak dengan pengetahua­n dan kemahiran teknikal mereka dalam mencapai kecekapan rangkaian serta kelestaria­n daya tahan dalam negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia