Utusan Borneo (Sarawak)

RM50,000 nanti pemenang Pertanding­an ‘Rapala & Storm Lure Casting’ pada 29 April

-

MIRI: Hadiah bernilai kirakira RM50,000 termasuk wang tunai dan peralatan memancing menanti pemenang Pertanding­an ‘ Rapala & Storm Lure Casting’ pada 29 April depan.

Pertanding­an itu dianjurkan oleh Kelab Pemancing Miri Sarawak bertempat di Muara Sungai Miri mulai jam 6 pagi hingga 10 pagi dan terhad kepada 150 peserta.

Selain hadiah, peserta turut menerima hadiah percuma termasuk topi dan baju- T.

Antara objektif pertanding­an ialah mempromosi­kan sukan memancing sebagai aktiviti riadah yang menyeronok­kan.

Hanya ikan yang melebihi berat 100 gram akan dinilai untuk memenangi hadiah dan hasil tangkapan selepas dinilai akan dilepaskan semula.

Tempat pertama, kedua dan ketiga masing- masing akan membawa wang tunai RM800, RM500 dan RM300 berserta peralatan memancing Rapala/ Storm.

Tempat keempat dan kelima masing-masing menerima wang tunai RM200 dan RM100 berserta peralatan memancing Rapala/ Storm, manakala tempat keenam hingga sepuluh menerima peralatan memancing Ra- pala/ Storm.

Hadiah ditaja oleh RAPALA VMC Asia pasific Sdn Bhd. Tarikh tutup penyertaan pada 22 April, jam 3 petang.

Yuran penyertaan ialah RM50 seorang termasuk baju- T percuma.

Maklumat mengenai penyertaan termasuk borang boleh didapati di laman Facebook Kelab Pemancing Miri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia