Utusan Borneo (Sarawak)

Acara di kampus Senadin dari jam 10 pagi hingga 4 petang bertujuan pupuk minat pelbagai bidang di universiti tersebut

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Pelajar lepasan peperiksaa­n umum seperti SPM, STPM, UEC, O-Levels dan A-Levels yang berminat memulakan program pengukuhan atau kursus prasiswaza­h di Universiti Curtin Malaysia dijemput menghadiri Hari Terbuka Akademik di universiti tersebut, hari ini.

Acara yang akan diadakan di kampusnya di Senadin di sini bermula jam 10 pagi hingga 4 petang bertujuan memupuk minat dalam pelbagai bidang di Curtin Malaysia yang meliputi kejurutera­an, sains, perniagaan dan seni, di samping memberi maklumat terkini berhubung biasiswa dan prospek kerjaya.

Selain itu, acara tersebut juga memberi ‘pengenalan’ kepada pelajar mengenai kemudahan yang terdapat dan disediakan di universiti tersebut.

Naib Kanselor Curtin Malaysia merangkap Presiden dan Ketua Eksekutif Profesor Jim Mienczakow­ski berkata, hari terbuka itu merupakan masa paling sesuai untuk pelajar lepasan SPM dan STPM khasnya untuk mengetahui program yang ditawarkan seperti kejurutera­an dan sains, perdaganga­n dalam seni (media) yang akan berlangsun­g sehingga akhir bulan ini.

Pemandu pelawat di kampus akan membantu para pengunjung untuk memberikan penerangan pada setiap jam bagi membolehka­n mereka mengalami sendiri kehidupan di kampus tersebut dan persekitar­an yang unik di tengahteng­ah taman tanah lembap yang indah di Senadin.

“Kami menjemput pelajar berpotensi untuk datang dan mendapatka­n maklumat sendiri mengenai Curtin Malaysia dan mengapa ia adalah tempat yang bagus untuk belajar.

“Sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi yang boleh menjadi pelaburan yang sangat besar, kami menawarkan kepada mereka cadangan yang menarik bagi pendidikan tinggi Australia yang bertaraf dunia, namun dengan yuran amat berpatutan di Malaysia, dalam negara sendiri dan dekat dengan kediaman mereka juga,” kata Jim.

Beliau berkata, acara kemuncak pada tahun ini akan mempamerka­n Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin Malaysia serta Fakulti Perniagaan dan Fakulti Kemanusiaa­n di Pusat Rekreasi dan Acara di mana pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan pensyarah dan pelajar fakulti tersebut.

Di samping itu, melihat pameran dan mencuba paparan interaktif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi sains, kejurutera­an dan teknologi, mendapatka­n pandangan mengenai kewangan dan keusahawan­an dan mengalami dunia media dan komunikasi yang menarik.

Pihak fakulti juga akan memberi pandangan keseluruha­n mengenai fakulti masingmasi­ng di Dewan Kuliah 1, Bangunan Fakulti Perniagaan dari jam 10.30 pagi hingga 1 petang.

Kakitangan Bahagian Pinjaman dan Biasiswa universiti juga boleh ditemui untuk memberikan khidmat nasihat mengenai biasiswa dan pinjaman pelajaran.

Ini termasuk Biasiswa Yayasan Curtin Malaysia yang baharu diperkenal­kan berjumlah RM3 juta untuk pelajar SPM yang cemerlang bagi mengikuti program tajaan yayasan selama satu tahun dan Biasiswa Merit Curtin Malaysia untuk pelajar cemerlang dalam SPM, STPM, UEC, O-Levels dan A-Levels bagi memasuki program asas dan ijazah.

Satu lagi tempat yang mesti dikunjungi di Pusat Rekreasi dan Acara itu kelak ialah Pondok Masa Depan Pelajar yang diuruskan oleh kakitangan pemasaran, di mana pelajar berpotensi boleh mendapatka­n semua maklumat diperlukan untuk membuat keputusan tepat mengenai pilihan pendidikan mereka yang seterusnya.

Pelajar turut dinasihatk­an untuk membawa keputusan peperiksaa­n dan dokumen sokongan lain untuk penaksiran dan permohonan secara terus.

Sementara itu, taklimat khas program akan diberikan secara serentak oleh pensyarah dan pelajar fakulti di Bilik Kuliah LTCL 4, 5 dan 8, Bangunan Fakulti Perniagaan, bermula jam 1.30 hingga 3.30 petang.

Taklimat merangkumi pelbagai topik kewangan, pemasaran dan pengurusan, kepada media dan komunikasi dan pelbagai disiplin kejurutera­an dan sains di Curtin Malaysia.

Curtin Malaysia adalah kampus antarabang­sa terbesar dan hab global di Asia, dari Universiti Curtin di Australia, sebuah universiti global dengan kampus di Australia, Malaysia, Singapura dan Dubai, serta menduduki ranking paling tinggi di antara universiti di dunia dalam Peringkat Akademik yang berprestij di Universiti-Universiti Dunia (ARWU).

Ditubuhkan pada tahun 1999 dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak, Curtin Malaysia adalah salah satu kampus cawangan asing terbesar di dunia.

Ia menempatka­n kampus seluas 1,200 ekar di pinggir bandar raya Miri dan mempunyai persekitar­an kondusif serta kemudahan komprehens­if untuk pengalaman kampus universiti yang serba lengkap.

Pelajarnya datang dari lebih 50 negara sekali gus menjadikan­nya sebuah kampus yang sangat beragam dengan pelbagai latar belakang budaya, dan staf akademik yang datang dari lebih 15 negara telah memperkuat­kan lagi fokusnya.

Curtin Malaysia menawarkan kursus-kursus perniagaan, seni, kejurutera­an dan sains dengan taraf yang sama di peringkat dunia dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa sebagaiman­a yang ditawarkan di kampus induknya di Perth, Australia serta kursus asas yang boleh dipohon dan membantu

Kami menjemput pelajar berpotensi untuk datang dan mendapatka­n maklumat sendiri mengenai Curtin Malaysia dan mengapa ia adalah tempat

belajar. ” yang bagus untuk Profesor Jim Mienczakow­ski Naib Kanselor Curtin Malaysia

mereka untuk mengikuti program ijazah sarjana muda kemudianny­a.

Pelajar juga berpeluang mendapat kursus dan ijazah yang sama, serta pengalaman pembelajar­an yang tidak dapat dibezakan, dengan yuran di Malaysia yang lebih rendah iaitu kira-kira satu pertiga daripada kos yang dikenakan di Australia.

Sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia, Curtin Malaysia telah dinilai pada taraf ‘Tier 5 (Excellent)’ dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA), dan merupakan satu-satunya universiti di Malaysia Timur yang dinilai taraf ‘Tier 5’ untuk program kejurutera­an dalam D-SETARA berasaskan jurusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Terbuka Akademik Curtin, anda boleh menghubung­i bahagian pemasaran Curtin Malaysia menerusi talian 085-630 000 atau e-mel kepada enquiries@ curtin. edu.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Curtin Malaysia, layari laman webnya (www.curtin. edu.my), halaman Facebook (CurtinMala­ysia), profil Twitter (curtinmala­ysia), halaman Google+ (Curtin Malaysia), Instagram (curtinmala­ysia) atau saluran YouTube (Curtin Malaysia).

 ??  ?? INDAH: Curtin Kampus Sarawak seluas 1,200 ekar yang turut meliputi kawasan taman tanah bencah di Senadin, menawarkan kehidupan kampus yang hebat.
INDAH: Curtin Kampus Sarawak seluas 1,200 ekar yang turut meliputi kawasan taman tanah bencah di Senadin, menawarkan kehidupan kampus yang hebat.
 ??  ?? NASIHAT: Para pelajar berpotensi bertemu dengan kakitangan pemasaran untuk mendapatka­n khidmat nasihat.
NASIHAT: Para pelajar berpotensi bertemu dengan kakitangan pemasaran untuk mendapatka­n khidmat nasihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia