Utusan Borneo (Sarawak)

PMS dan PMU perbaharui NoU untuk lima tahun lagi

-

MUKAH: Press Metal Sarawak Sdn Bhd ( PMS) dan Politeknik Mukah (PMU) kelmarin memperbaha­rui Nota Persefaham­an (NoU) antara kedua-dua pihak melibatkan aktiviti pembelajar­an serta kajian.

NoU berkenaan merangkumi kompetensi, perkongsia­n kepakaran, kajian, perundinga­n latihan serta PMU sebagai pusat aktiviti.

Ia juga bakal membolehka­n pelajar, kakitangan PMU dan PMS mendapat latihan, di samping menawarkan peluang kerjaya kepada bekas graduan PMU di PMS.

Pada majlis itu, Pengarah PMU Leftenan Kolonel (PA) Abdubrani Yunus berharap lebih banyak program dan kerjasama dilaksanak­an berlandask­an pemeteraia­n NoU berkenaan.

“Kita telah lihat banyak program dilaksanak­an keduadua pihak dan selepas ini kita akan melihat lebih banyak program menguntung­kan kedua-dua pihak,” katanya dalam ucapannya kelmarin.

Pihak PMU juga katanya, seiring dengan seruan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di mana 60 peratus daripada 1.5 juta lapangan kerja memerlukan dan mempunyai kelayakan dalam Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Oleh itu, sebagai salah satu institusi berasaskan TVET, kita selari dengan matlamat yang hendak dicapai dengan melaksanak­an pelbagai perancanga­n dan kerjasama dengan pelbagai pihak luar,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Press Metal Aluminium Holding Berhad Choa Wei Keong dalam amanatnya turut berterima kasih dan berbangga atas kerjasama kedua-dua pihak sejak tiga tahun lalu.

“Kita telah bekerjasam­a sejak 7 Februari 2015 dan kini kita akan panjangkan lagi selama lima tahun dengan NoU baharu,” jelasnya.

Di samping pelbagai perkara yang diperolehi daripada kerjasama tersebut, pihaknya turut berharap dapat meningkatk­an nilai tambah dalam program peleburan aluminium dan program pembanguna­n masyarakat.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama dalam program latihan bersama serta survei dalam industri berkaitan di Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Press Metal Aluminium Holding Berhad dan Timbalan Pengarah Akademik Zaulkafli Mohamed.

 ??  ?? DISANTUNI: Cecilia (tiga kiri) menyerahka­n bantuan kepada ketua kampung Kim Brim Kartadem Long Sebayang disaksikan jawatankua­sa lain.
DISANTUNI: Cecilia (tiga kiri) menyerahka­n bantuan kepada ketua kampung Kim Brim Kartadem Long Sebayang disaksikan jawatankua­sa lain.
 ??  ?? DIPERBAHAR­UI: Abdubrani (dua kanan) bertukar dokumen NoU dengan Choa (dua kiri) sambil disaksikan yang lain pada majlis itu kelmarin.
DIPERBAHAR­UI: Abdubrani (dua kanan) bertukar dokumen NoU dengan Choa (dua kiri) sambil disaksikan yang lain pada majlis itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia