Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga dicekup ketika cuba melarikan lori

Suspek berusia 20-31 tahun ditahan di sebuah ladang di Jalan Pesisir Bintulu-Miri

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah lori dipercayai dicuri dipatahkan polis Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dengan memberkas mereka di sebuah ladang Jalan Pesisir Bintulu-Miri, tengah malam kelmarin.

Penangkapa­n tiga lelaki tempatan berumur antara 20 dan 31 tahun itu dilakukan dalam Ops Lejang dilancarka­n tengah malam kelmarin oleh polis Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang bagi mengesan suspek di kawasan terbabit.

Operasi itu susulan laporan polis dibuat mengenai kehilangan lori oleh seorang penduduk tempatan di sini pada 13 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu

Hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaan suspek polis menemui sebuah televisyen, komputer riba, komputer tablet dan kasut keselamata­n dipercayai barang-barang hasil aktiviti pecah rumah.

Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, pada jam 10.57 malam 13 Mac lalu, polis IPD Bintulu menerima laporan daripada lelaki tempatan mengenai kehilangan sebuah lori di kawasan Samalaju.

Katanya, mangsa hanya menyedari kehilangan lori itu pada hari sama, jam 12 tengah hari dan kali terakhir mangsa melihat lorinya jam 1 petang, 11 Mac.

Berikutan itu, Ops Lejang dilancarka­n dan jam 12.30 tengah malam kelmarin membawa tindakan serbuan ke atas sebuah lori di kawasan ladang Jalan Pesisir Bintulu-Miri.

Tindakan itu, polis berjaya menahan dua kenderaan termasuk menangkap tiga lelaki tempatan cuba menghidupk­an injin lori terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaan suspek polis menemui sebuah televisyen, komputer riba, komputer tablet dan kasut keselamata­n dipercayai barang- barang hasil aktiviti pecah rumah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, dengan penangkapa­n tiga suspek itu polis berjaya menyelesai­kan satu kes pecah rumah di kawasan Sebauh dan kes curi lori.

“Ketiga- tiga suspek ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Bintulu dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara lima tahun dan denda,” katanya.

Superinten­den Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Bintulu

 ??  ?? SERTAI KAMI: Yii (duduk tengah) bersama kaunselor dan ahli JKP Zon Pujut mengalu-alukan orang awam bagi menjayakan program pendaftara­n JKP Zon Piasay pada hari ini.
SERTAI KAMI: Yii (duduk tengah) bersama kaunselor dan ahli JKP Zon Pujut mengalu-alukan orang awam bagi menjayakan program pendaftara­n JKP Zon Piasay pada hari ini.
 ??  ?? DITEMUI SEMULA: Lori dipercayai dicuri dijumpai semula oleh polis.
DITEMUI SEMULA: Lori dipercayai dicuri dijumpai semula oleh polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia