Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun lepas kementeria­n merekodkan 674 kes ibu bapa enggan bayi disuntik BCG

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan menasihatk­an ibu bapa agar memastikan anak- anak mereka diberi suntikan vaksin ‘Bacillus calmettegu­erin’ (BCG) bagi mencegah penyakit tuberkulos­is (TB) atau batuk kering.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata tahun lepas, kementeria­n itu merekodkan 674 kes ibu bapa enggan bayi mereka diberi suntikan BCG.

“Trend ini amat membimbang­kan kerana kes TB dilaporkan meningkat,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n TB dan Penyakit berkaitan Paru- paru Peringkat Kebangsaan 2018’, di sini semalam.

Dr Azman berkata kes membabitka­n TB meningkat lapan peratus tahun lepas kepada 26,168 kes berbanding 24,220 kes pada 2015.

Kadar kematian TB juga meningkat kepada 6.5 bagi setiap 100,000 penduduk tahun lepas berbanding 5.5 setiap 100,000 penduduk pada 2015.

“Bukan susah nak cegah dan rawat penyakit TB. Namun amat menyedi-

Bukan susah nak cegah dan rawat penyakit TB. Namun amat menyedihka­n kerana ada segolongan kumpulan yang antivaksin ini yang tidak percaya kepada imunisasi. Kita harap mereka ini dapat berfikir balik dan memastikan anak mereka

TB. ” diberi vaksin bagi mencegah Datuk Dr Azman Abu Bakar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

hkan kerana ada segolongan kumpulan yang antivaksin ini yang tidak percaya kepada imunisasi. Kita harap mereka ini dapat berfikir balik dan memastikan anak mereka diberi vaksin bagi mencegah TB,” katanya.

Dr Azman berkata usaha berterusan dilakukan bagi memastikan Malaysia bebas penyakit TB menjelang 2035 dan berharap semua pihak dapat bekerjasam­a dengan kerajaan.

Katanya kerajaan amat komited dalam usaha menamatkan epidemik TB di Malaysia dan antara usaha yang dilakukan ialah pengesanan awal kes TB mela- lui aktiviti saringan dan pemeriksaa­n kontak serta pencegahan melalui suntikan BCG percuma kepada bayi baharu lahir.

“Kerajaan membelanja­kan RM250 bagi kos rawatan ubat TB selama enam bulan untuk setiap pesakit. Kos ini adalah sangat murah berbanding ‘Multiple Drug Resistant TB’ iaitu antara RM8,000 hingga RM16,000 dan kos rawatan ubat boleh menjangkau RM100,000 bagi kes ‘Extensive Drug Resistant TB’,” jelasnya.

Persidanga­n kali keempat itu dianjurkan Institut Perubatan Respirator­i dengan kerjasama Persatuan Pencegahan Tuberkulos­is Malaysia (MAPTB) dan Kementeria­n Kesihatan.

Turut hadir Pengerusi persidanga­n tersebut Dr Zamzurina Abu Bakar dan Presiden MAPTB Ibrahim Hamzah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA:Azman (kanan) mencuba peralatan memeriksa darah ketika melawat pameran sempena Sambutan Hari Tuberkulos­is (Tibi) Sedunia dan Persidanga­n Kebangsaan Penyakit Paru-paru di Kuala Lumpr, semalam. Turut hadir Pengarah Program Sambutan Hari Tibi Sedunia...
— Gambar Bernama CUBA:Azman (kanan) mencuba peralatan memeriksa darah ketika melawat pameran sempena Sambutan Hari Tuberkulos­is (Tibi) Sedunia dan Persidanga­n Kebangsaan Penyakit Paru-paru di Kuala Lumpr, semalam. Turut hadir Pengarah Program Sambutan Hari Tibi Sedunia...
 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Ismail Sabri (kanan) meramah mesra dengan guru-guru dan ibu bapa ketika merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di Bera, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Ismail Sabri (kanan) meramah mesra dengan guru-guru dan ibu bapa ketika merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia