Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited jaga kebajikan anggota tentera dan keluarga

-

SEREMBAN: Perasmian Pangkalan Udara (PU) Sendayan semalam membuktika­n komitmen tinggi kerajaan dalam menjaga hal ehwal kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata ini sekali gus menepis dakwaan pembangkan­g yang sebelum ini menuduh kerajaan tidak mampu menepati janji-janjinya seperti pembinaan dan pembanguna­n PU Sendayan.

“Jelas hari ini (semalam) dengan perasmian PU Sendayan, tuduhan-tuduhan sebelum ini bahawa kerajaan tiada duit dan pangkalan tidak akan siap, dapat kita patahkan.

“Janji kita berdasarka­n agenda kebajikan untuk keselesaan anggota kita sendiri dan ini merupakan sesuatu yang anggota dan keluarga mereka boleh pegang,” katanya kepada media selepas perasmian PU Sendayan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, berkata pihaknya ada berbincang dengan Mohamad untuk terus membantu anggota dan keluarga tentera seperti dalam aspek pendidikan, perumahan dan sebagainya.

“Apa yang ditetapkan sebagai agenda atau hala tuju Kementeria­n Pertahanan jika mendapat sokongan kerajaan negeri, ini akan memudahkan kita merealisas­ikan agenda kita di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan keutamaan pada kebajikan anggota dan keluarga mereka.

“Seramai 2,500 anggota dan keluarga mereka akan mendiami 693 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera di PU ini dan ia akan dilakukan secara berperingk­at sehingga lengkap sepenuhnya pada 30 Ogos tahun ini,” katanya.

Hishammudd­in berkata kerajaan telah membelanja­kan RM2.7 bilion untuk membina lapan PU menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan di antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Selain Sendayan, tujuh lagi ialah Gong Kedak, Butterwort­h, Kuantan, Subang, Kajang, PDRM Subang dan PDRM Ipoh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Najib berucap pada Majlis Pengoperas­ian Kem TUDM di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dekat Seremban, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Najib berucap pada Majlis Pengoperas­ian Kem TUDM di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia