Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT cadang wujud undangunda­ng keselamata­n di air

-

PORT DICKSON: Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) bercadang memperkena­lkan undang- undang berkaitan keselamata­n di air dalam usaha mengurangk­an kes mati lemas di kawasan rekreasi seperti laut dan sungai.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata undang-undang yang dicadangka­n itu adalah bagi memperkasa penguatkua­saan papan tanda larangan mandi yang sedia ada di kawasan rekreasi berisiko tinggi.

“Orang ramai tidak mengendahk­an papan tanda larangan mandi ketika keadaan tidak mengizinka­n sehingga mengakibat­kan berlakunya kejadian tidak diingini seperti lemas.

“Adanya undang-undang ini nanti masyarakat akan lebih patuh kepada arahan tersebut, sama seperti pematuhan pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar ketika berada di jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamata­n di Air 2018, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias, Anggota Majlis Keselamata­n Aktiviti Air Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Sri Wan Mohd Nor Ibrahim.

Noh berkata KPKT telah mengarahka­n Jabatan Kerajaan Tempatan untuk meneliti perkara itu sama ada meminda undang-undang sedia ada atau menggubal undang-undang baharu.

“Sekiranya berlaku kecemasan di air, siapa yang ada kuasa untuk memberi arahan supaya pengunjung naik ke darat, juga kita akan lihat dan kaji,” katanya.

Sementara itu, Noh berkata statistik JBPM menunjukka­n sebanyak 65 kes mati lemas direkodkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“JBPM juga telah mengenal pasti 12 kawasan berisiko tinggi dan 34 kawasan berisiko di seluruh negara berdasarka­n kejadian insiden mati lemas yang melebihi lima mangsa,” katanya.

Antara kawasan berisiko tinggi yang telah dikenal pasti ialah Sungai Kampung Batu Payung di Tawau, Sabah; Air Terjun Sungai Sendat, Selangor; Air Terjun Lata Berembun, Raub, Pahang; Pantai Nipah, Kelantan dan Empangan Semenyih, Selangor.

Noh berkata bersempena musim cuti persekolah­an yang bermula esok, pihaknya telah mengarahka­n JBPM untuk mengawasi kawasan berisiko tinggi bagi tujuan menjaga keselamata­n pengunjung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia